:: Sepatah Dua ::


ShoutMix chat widget

Anda belum matang sekiranya... .



Anda belum matang sekiranya... .

1. Menghabiskan nilai kad prepaid untuk berbual-bual dengan 'Kekasih' sedangkan
wang membelinya daripada kiriman mak ayah..

2. Rela menunggu berjam-jam, dalam hujan pula, untuk melihat gadis (jejaka) yang
anda 'cintai' melintas jalan sedangkan anda solat secara express (kurang 2
minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung.

3. Memarahi bahkan sanggup menampar adik anda yg tersilap cakap sebaliknya mampu
tersenyum sekalipun dimaki-hamun atau dihina oleh org yg anda minati.

4. Sanggup membaca novel cinta yg beratus2 muka surat dalam tempoh sehari,
padahal tidak pernah membaca al-Quran walaupun satu muka surat setahun..

5. Asyik terkenang wajah kekasih yg baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak
terkenang pun wajah ibu yg telah berbulan2 tidak anda temui.

6. Susah hati jika tidak menerima panggilan atau mesej daripada org yg
anda cintai, sebaliknya anda sendiri tahu bahawa anda sendiri sudah lama
tidak mengirim berita buat keluarga di kampung.

7. Memakai pakaian yg sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya
hanya memakai singlet atau baju yg selekeh atau tidak berbaju langsung ketika bersolat.

8. Lebih banyak mengucapkan kalimah 'I LOVE U' daripada kalimah zikir, LAILAHAILLALLAH, SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAH HU AKBAR!..

(sama-sama kita renungkan...)

Kita tidak boleh mencintai seseorang sebelum mencintai diri sendiri. dan
kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum kita mencintai ALLAH.....

YA ALLAH! BERIKANLAH CINTA-MU KEPADAKU, JADIKANLAH ORANG YANG MENCINTAI-MU
MENCINTAI AKU, DAN JADIKANLAH AKU MENCINTAI SEGALA SESUATU YANG MEMBAWA
KEPADA-MU..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

.:: Followers ::.