:: Sepatah Dua ::


ShoutMix chat widget

AMALAN MANDI MALAM & KESANNYA...


MELAKA - Amalan mandi malam boleh menyebabkan lumpuh!

Mungkin ramai yang tidak mempercayainya dan menganggap ia hanya mitos.

Namun bagi Umar Abdul Rahman, 62, amalan mandi malam dipercayai telah menyebabkan isterinya, Asnah Yaman, 60, lumpuh seluruh badan sejak empat bulan lalu.

Menurutnya, isteri beliau mula mengamalkan mandi malam iaitu antara pukul 8 dan 9 malam setiap hari sejak enam tahun lalu.

"Saya pernah menasihatkan isteri agar tidak mandi malam kerana pernah terdengar petua orang tua bahawa mandi malam tidak elok untuk kesihatan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Lintang di sini semalam.

Umar memberitahu, nasihatnya itu tidak diendahkan oleh isterinya itu dan beliau (isteri) terus mengamalkan mandi malam setiap hari.

"Kira-kira empat bulan lepas, secara tiba-tiba isteri saya mengadu badannya rasa lemah dan hanya berbaring di katil saja.

"Namun setelah dua hari, keadaan isteri saya masih tidak berubah lalu saya membawanya ke hospital dan disahkan lumpuh," kata pesara tentera itu.

Beliau memberitahu, setelah isterinya lumpuh, beliau semakin yakin bahawa petua itu memang ada kebenarannya dan amalan mandi malam memang boleh mengundang pelbagai penyakit.

Ujarnya, selain boleh menyebabkan lumpuh, beliau juga percaya amalan mandi malam boleh menyebabkan seseorang itu tidak subur.

"Kepada yang suka mandi malam, saya nasihatkan agar tinggalkan amalan itu sebelum terlambat," katanya.

>>> Hmm, bagi saya pulak... Amalan mandi malam ni sememangnya tidak elok dari segi kesihatan; dan berdasarkan apa yang saya pernah baca, mandi malam juga boleh mengakibatkan paru-paru berair. Hal ini kerana pada ketika ini, liang-liang roma terbuka dan akan memudahkan air masuk ke liang-liang tersebut.

>>>Jangan tak percaya. Saya pernah mendapat berita daripada kawan saya yang ahli keluarganya terkena penyakit paru-paru berair. Bila ditanya kenapa, jawapannya selalu mandi malam.

**sumber: calcuttoo@yahoo.com; ((daripada asuka dreaming ))

Saya juga ada terbaca satu artikel mengenai malam ni. "KESAN MANDI MALAM & MINUM AIS"
Jadi, para pembaca dan pengunjung, bolehlah merujuk blog ini:
http://serenitysanity.blogspot.com/2008/07/kesan-mandi-malam-dan-minum-ais.html

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

iium radia rosse said...

Ya Rabbi..bhya jga mndi mlm2 ni...jzkk atas infonya

iium radia rosse said...

Ya Rabbi..bhya jga mndi mlm2 ni...jzkk atas infonya

Post a Comment

.:: Followers ::.