:: Sepatah Dua ::


ShoutMix chat widget

MANUSIA YANG SIBUK DENGAN DUNIA




Menurut sebuah hadith Rasulullah (s.a.w.) yang bermaksud: “Barangsiapa mencintai dunia semata-mata dalam hidupnya, Allah akan mencampakkan ke dalam hatinya empat perkara:


1. KERUNSINGAN YANG TIDAK PERNAH SELESAI

Misalnya, orang yang terlalu sibuk dengan tugas-tugas duniawi merasakan sangat bangga kerana kesibukannya. Ia sentiasa mendapati dirinya dicari oleh orang yang ingin mendapatkan sesuatu. Oleh itu ia merasakan dirinya sangat penting, sangat berpengaruh dan berkuasa. Ia boleh melakukan banyak perkara kerana pengaruh, kuasa atau kedudukannya. Apabila ia mula merasai demikian, ia akan lebih seronok bila lebih ramai mengunjunginya. Akhirnya ia tidak mempunyai kesempatan untuk makan atau minum, apatah lagi untuk berehat-rehat dengan keluarga. Sedangkan sampai tempoh ajal, dia akan kembali kepada Allah pada bila-bila masa......


2. KESIBUKAN YANG TIDAK PERNAH HABIS

Dengan kesibukan seperti itu manusia ini akan dibelenggui oleh kerunsingan yang tidak dapat diatasinya. Beliau akan merasakan bahawa masalah-masalah yang dihadapi begitu besar sehingga tidak mampu diselesaikan. Tetapi sekiranya ia tidak mempunyai masalah, ia akan merasa sepi dan sunyi yang juga menimbulkan kerunsingan padanya. Kata-kata seperti “apakah aku ini tidak penting lagi atau tidak popular lagi?” akan terlintas di kepala mereka. Sedangkan sampai tempoh ajal, dia akan kembali kepada Allah pada bila-bila masa......


3. KEMISKINAN YANG TIDAK PERNAH KAYA

Mereka yang mencintai dunia akan mengalami kemiskinan walaupun jelas bahawa sebenarnya mereka itu kaya. Kemiskinan yang dimaksudkan ini tidaklah terhad kepada kebendaan atau harta, tetapi mencakup juga kemiskinan dari segi ketenangan hidup, kebahagiaan rumah tangga, dan sebagainya yang sentiasa diperlukan oleh setiap insan. Ingatlah, apabila sampai tempoh ajal , dia akan kembali kepada Allah pada bila-bila masa......lihatlah..bukankah hidup ini telah dipersiakan.....akibat terpedaya....

4. HARAPAN YG TIDAK PERNAH TERCAPAI

Mereka juga mempunyai banyak harapan yang tidak akan dapat dicapai kerana harapan yang ada pada mereka tidak pernah putus bahkan sentiasa bertambah. Seolah-olah ia tidak puas dengan apa yang telah dicapai dan terus mencari harapan-harapan baru untuk memuaskan hidupnya. Harapan yang dimaksudkan ini ialah untuk menjadi lebih kaya, lebih makmur, lebih popular, lebih berkuasa lebih berpengaruh, lebih dikenali dan dihormati manusia, dan sebagainya. Sudah tentulah harapan seperti itu tercapai buat sementara belaka. Bahkan yang ditangan orang selalu ditandinginya...Subhanallah tidakah ia mengetahui apabila sampai tempoh ajal, dia akan kembali kepada Allah pada bila-bila masa......

Hadith tersebut di atas begitu jelas menunjukkan betapa ruginya seseorang insan yang mencintai dunia semata-mata. Mereka akan rugi dalam segala aspek kehidupan termasuk kebendaan, kerohanian, kasih sayang, usia yang sia-sia, dan juga kemasyarakatan.


Sekadar Percambahan Minda..

Wallahu a’lam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

.:: Followers ::.