:: Sepatah Dua ::


ShoutMix chat widget
Showing posts with label Bahasa. Show all posts
Showing posts with label Bahasa. Show all posts

SEDIKIT PERKONGSIAN

Berkenaan tatabahasa dan penggunaanya...

Saya seorang yang agak mengambil berat tentang penggunaan tatabahasa, kerana saya sangat menyintai bahasa...

Berikut adalah persoalan (bertarikh 21 April 2009) yang pernah saya ajukan kepada pihak DBP berkenaan penggunaan beberapa perkataan... (scroll ke bawah)


Soalan :

1- Penggunaan perkataan DENGAN & DAN…

*Bolehkah perkataan DENGAN & DAN digunakan pada permulaan ayat?


2- Penggunaan justeru

*Justeru atau justeru itu…. Yang manakah lebih tepat penggunaannya?


3- Oleh yang demikian

• Oleh yang demikian atau oleh hal yang demikian, yang sesuai digunakan?


4- Bersama dan bersama-sama

• Saya bersama Ali pada ketika ini. • Saya bersama-sama dengan Ali pada ketika ini

*Adakah ayat yang digunakan tersebut betul, dan apakah perbezaan antara kedua-duanya?


Jawapan :

1. Dengan boleh digunakan di permulaan ayat, contohnya: Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa ..., manakala dan berfungsi untuk menghubungkan dua klausa atau lebih, oleh itu dan tidak digunakan di permulaan ayat.

2. Penggunaan yang lebih tepat ialah justeru.

3. Penggunaan yang paling sesuai ialah oleh yang demikian.

4. Yang paling tepat ialah bersama dengan atau bersama-sama.


*Penggunaan ini juga saya mengambil kira mengenai apa yang telah diajarkan guru Bahasa Melayu saya ketika tingkatan 5.... Sekiranya anda mempunyai informasi atau komentar silalah ajukan kepada saya. Sekian, terima kasih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENGENALAN KEPADA BAHASA ARAB DAN KESUSASTERAAN (bahagian pertama)

SASTERA ARAB

Terbahagi mengikut zaman, antararanya :

1. Zaman Jahiliah
2. Zaman Islam dan Umawiah
3. Zaman Abbasiah
4. Zaman Mesir dan Syam ( Fatimi )
5. Zaman Andalusia
6. Zaman Mamluki dan Uthmaniah
7. Zaman Moden


ZAMAN JAHILIAH

- Pada zaman ini, masyarakat arab quraisy begitu terkesan dengan syair-syair yang baik, sehingga wujudnya pertandingan mencipta syair..
Setiap syair yang terbaik akan dipilih dan dipamerkan di pintu-pintu ka’abah.
Juga wujudnya pasar U’kaz, di mana tedapat ramai penyair arab mempersembahkan syair yang telah mereka lakarkan.
Pada zaman ini masyarakat arab lebih tertumpu kepada syair ghazal,khamar,pujian,celaan dan sebagainya.mereka menjadikan syair sebagai wadah menyampaikan perasaan serta pendapat mereka.

- Begitupun, kebanyakan syair yang ada pada zaman ini terpesong daripada aqidah umat Islam pada masa itu.
Akan tetapi martabat bahasa Arab pada zaman ini amatlah membanggakan kerana bahasa yang dipamerkan begitu menarik dan bersih daripada anasir bahasa asing ( fushah )


KESUSASTERAAN DI ZAMAN PERMULAAN ISLAM

- Para penyair mula terpengaruh dengan al-Quran dan al-Hadis.
Menjadikannya sebagai sumber ilham untuk mencipta semangat,bahasa dan laras yangsesuai dengan ajaran Islam.
Mereka menukar tema-tema syair yang terpesong drp dasar-dasar pengajaran Islam kepada tema yang mempertahankan Islam
Mengungkapkan syair dalam bentuk yang mudah dan ringkas dengan mengambil lafaz, gaya bahasa dan makna drp al-Quran.

- Antara penyair yang masyhur pada zaman ini, Hassan bin Thabit yang meninggal dunia pada tahun 54H (674M),Kaab bin Zuhair 26H(645M), Abdullah Rawahah 8H(629M) dan ramai lagi.
Dengan terhasilnya pelbagai bentuk prosa maka berkembang pula pidato dan cabangcabangnya.
Ia berkisar tentang pengertian Islam, galakan berjihad, kemenangan agama Islam yang diungkapkan dengan pelbagai ungkapan dengan mengambil panduan drp al-Quran dan lain-lain lagi.

- Mereka juga mengambil kira idea-idea dan topik perbincangan di bawah satu tajuk yang mempunyai kaitan.
Surat-surat dan buku-buku semakin bertambah bagi memenuhi kehendak kerajaan.
Sebagai contohnya, Rasulullah SAW pernah menulis surat kepada raja-raja dan para pemerintah untuk menyeru mereka kepada agama Islam serta membuat perjanjian damai dengan orang bukan Islam seperti Perjanjian Hudaibiyyah dan perjanjian dengan penduduk Najran.

- Khulafa’ al-Rashidin juga telah menulis buku-buku untuk penduduk di negara yang baru dibuka serta kepada ketua angkatan perang Islam.
Buku-buku tersebut menyentuh tentang peperangan dan strategi ketenteraan serta interaksi penduduk negeri tersebut .
Mereka juga telah memeteraikan perjanjian dan persetiaan seperti perjanjian yang telah dimeterai oleh Khalifah Umar bin al-Khattab r.a dengan penduduk Baitulmaqdis 23H (644M).

(bersambung........)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.:: Followers ::.