:: Sepatah Dua ::


ShoutMix chat widget

Ayuh kita..


SEGUMPAL DARAH BERNAMA HATI

jika sesuatu diberi/ditarik daripada kita...kita masih bersyukur, insya-ALLAH...kerana ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik dan apa yang bukan...

"segumpal darah bernama hati..".. antara petikan dari lirik nasyid dalam lagu mestika..


Ada pepatah arab yg berbunyi:"hati tidak dinamai hati jika bukan kerana sifatnya yang berbolak-balik"... Maknanya hati ini sentiasa berbolak-balik... Perlu sentiasa ditenangkan.. Apa rahsia ketenangan hati?... Jawapannya hanya satu, tidak ada lain dari yang ini...

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH. Ingatlah, HANYA dengan mengingati ALLAH-lah hati menjadi tenteram." [Ar-Ra'd:28]

Walau apa cara sekalipun kita cuba cari alternatif selain daripada yang ini, ia mungkin menjadi tapi hanya untuk sementara sahaja... Rasanya semua orang sedia maklum dan tahu keadaan masing-masing mcm mana.. Kalau kita baca terjemahan ayat ni kita akan jumpa satu perkataan, iaitu 'zikr'... Apa maknanya? Kita hanya perlu berzikir untuk mengingati ALLAH... Tapi, zikir tu tak semestinya berzikir yang macam selalu kita buat tu.. Habis tu, macam mane?

Haa.. Macam ni.. Bangun tidur, baca do'a bangun tidur tanda kesyukuran [ingat ALLAH]..
Lepas tu kalau nak buat apa-apa atau mula apa-apa, mulakan dengan bacaan basmallah [ingat ALLAH]...
Solat-solat sunat sementara tunggu solat fardhu [ingat ALLAH]...
Mashaf Qur'an kat rumah yang banyak tu, boleh diambil dan baca [ingat ALLAH]...
Nak makan, nak masuk tandas, baca do'a, dan sebagainya, [ingat ALLAH]...
Kalau dalam konteks student, sebelum study, do'a dan niatkan kita study tu kerana ALLAH, dan nak bantu agama ALLAH serta umat islam [ingat ALLAH]...
Jadi, jika kita APLIKASI dalam KEHIDUPAN kita [i.e islam ni bukan setakat agama, islam adalah how we live our life], baru kita dapat menikmati ketenangan yang dimaksudkan dalam ayat tadi... insya-ALLAH...

Bila ditimpa masalah, kita kadang-kadang cuba lari dari masalah, persekitaran, serta kumpulan-kumpulan manusia di sekeliling..... Dalam hadith Nabi ada disebutkan mengenai perangai syaitan yang hanya mudah memperdaya mangsa apabila mereka berseorangan, diibaratkan seperti serigala hanya memakan kambing yang lari keluar/terkeluar dari kumpulannya... Jadi apakah langkah awal syaitan untuk dapat seseorang tu?... Tentulah mengacah atau menanamkan perasaan pada seseorang untuk mengeluarkan dirinya dari kumpulan manusia...

Macam singa nak makan rusa, kan singa tu pergi acah-acah kumpulan rusa tu, kasi seekor terkeluar, lepas tu apa lagi, semua singa pergi baham... Sama je macam manusia... Lepas dah tinggal sorang tu, maknanya syaitan berjaya menghindarkan dia dari kumpulan orang-orang yang beriman... Siapa menang waktu tu? Syaitan atau kita?...

Sebab tu Mu'adz bin Jabal mengatakan: "Orang beriman mewajibkan diri mereka berkumpul untuk ijlis bina nu'min sa'ah [mari kita duduk sebentar, kita beriman sejenak] bagi memeriksa hati masing-masing supaya masih berada di atas jalan kebenaran dan untuk mengecas iman yang sentiasa turun dan naik [i.e bersifat dinamik]...

Rasanya kalau nak kongsi lagi, makin panjang le nampak gayanya... Tiba-tiba je terasa best berkongsi sesuatu ngan korang... Tapi takat ni je kut dulu...

"Sampaikan dariku walau satu ayat"-Rasulullah SAW-... "kerana mungkin orang yang selepas kamu lebih memahami tentang apa yang aku katakan daripada kamu yang berada di depanku.."-Rasulullah SAW-.....wALLAHu'alam...semoga kita semua tsabat [teguh dan tetap] di atas satu-satunya diin yang diredhai oleh ALLAH di dunia iaitu islam....

Do'a yang diajar oleh ALLAH pada kita supaya insya-ALLAH, ALLAH tetapkan dan teguhkan hati kita:

"(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."[Surah Ali 'Imran:8]

Coretan: Seorang yang hatinya sedang berbolak-balik...ya Muqallibal qulub,thabbit qulubana 'ala diinik wa'ala tha'atik...amiin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

.:: Followers ::.