:: Sepatah Dua ::


ShoutMix chat widget

BISMILLAH....

Alhamdulillah... Hari ini dapat lagi aku menulis.... Dah lame sangat tak menulis...
Hmm, banyak sangat kes-kes yang berlaku di Perak. Sedih aku sebagai rakyat Perak. Malu pun ade. Yela, mane taknye... Segala-galanya dua di Perak... (sila baca di http://intanhijau.blogspot.com/)

Antara perkara yang paling menarik perhatian sebelum ni, sidang DUN diadakan di bawah pokok. Perkara yang paling mencatat sejarah. Kemudian diikuti dengan banyak lagi perkara-perkara bersejarah yang banyak berlaku di Negeri Perak. Almaklumlah, teman ni duduk di luar negara... Tengok dari internet je le yang dapat teman buat. Yang lain tu, teman doa dan solat hajat untuk kesejahteraan negeri dan MB teman di Perak nu... Mudah-mudahan segala-galanya selamat dan selesai dengan cepat tanpa sebarang masalah baru yang akan ditimbulkan... aminn...

Ate, teman pon tak paham le dengan deme ni... Tak reti-reti bahase... Cube le bertolak-ansur sikit dengan sesama Muslim... Kite ni saudara, ape ke yang nak digadohkan... Bawok-bawok le berbincang elok-elok. Ini idak, buat koje tak pekdoh. Jadi samseng, upah samseng... Ape ke jadahnye... Haa, alih-alih deme sendiri yang kene balik. Sekarang rakyat dah tak ndak terima BN dah... Mane gayenye nak dapat balik kepercayaan rakyat ke deme??? Bawak-bawak le bertobat. Syukur le sikit, ALLAH bagi peluang untuk kite hidup, supaya kita dapat bertobat...

"YA ALLAH, BERIKANLAH KAMI KEKUATAN DAN KETEGUHAN IMAN DALAM MENEMPUH RANJAU YANG PENUH DURI INI... BERIKANLAH HIDAYAH SERTA RAHMAN DAN RAHIM-MU KEPADA MEREKA (SAUDARA-SAUDARA SEAGAMA KAMI) AGAR SAMA-SAMA DAPAT MENIKMATI BALASAN SYURGA-MU DI AKHIRAT KELAK..."
AMINN...

Ini aje le yang teman mampu buat.. Doa je.. Mudah-mudahan diterima ALLAH, apatah lagi dengan keberadaan teman di bumi anbiyak ni... Yang penuh barakah... InsyaAllah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BISMILLAH...

Alhamdulillah... Akhirnya dapat jugak aku menulis hari ini...
Setelah sekian lama aku tak bukak blog ni, hari ni dapat jugak akhirnya...
Heheheheh.... Aku gembira dan bersyukur sangat atas kejayaan PAS di Bukit Gantang dan Bukit Selambau... Sebab ape??? Aaah! Ini kita tak tau!...



Setelah puas difitnah, dicaci, dimaki, dituduh itu ini, akhirnya DS Ir Nizar berjaya menawan Bukit Gantang. Bermula dengan calon DUN Bukit Chandan, dari sinilah aku mengenali seorang insan yang bernama Ir. Mohd Nizar bin Jamaluddin. Selepas kekalahan beliau di Bukit Chandan, senyap. Hanya setakat itu sahajalah yang aku kenal beliau. Tapi, selang empat tahun, aku mula mengenali beliau setelah Pakatan Rakyat mencapai majoriti di negeri Perak. Alhamdulillah.
Hmmm, "Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari"...
"Kusangka Nizar dapat bertahan, rupanya dikacau oleh mamak Zambry"... (hihihihihi)

Tak cukup dengan perampasan kuasa, dituduh pula dengan pelbagai kata-kata.
Mencaci-maki, menghina-dusta.
Lepas tu pulak, ajar katak melompat-lompat sini sana...
Tak puas hati lagi, si Speaker Dewan pulak yang jadi mangsa...

Tak cukup lagi ke semua ni??? Semakin lama BN semakin terbuka pekungnya sendiri. Itu dapat, dibuat begini. Ini tak dapat, dibuat begitu. Putar-memutar, akhirnya sendiri terputar. Macam gasing kena pangkah. Mula-mula elok je berpusing, lepas kena pangkah, terus terhuyung-hayang nak mampus. Kalau dapat bertahan, tahan. Kalau tak kuat, kiok le jawabnya...

Aku pun tak faham dengan diorang ni. Bukannya diorang tak tau, bukannya tak nampak. Rakyat sendiri dah buka mata, rakyat sendiri dah celik. Nampak mana benar, mana salahnya. Semakin hari, semakin terserlah kesalahan, kelemahan serta keaiban BN sendiri. Semakin menuding jari, semakin kalut dek perbuatan sendiri... (aku pun tak faham ape yang aku tulis...)

____________________________________________________________________

Tiba PRK di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai...

BN semakin kepanasan. Mereka cuba untuk mematah undi dengan membawa seorang calon bebas yang aku fikir kurang bagus pemikirannya. Dah tau confirm kalah, bertaruh lagi. Tawarkan diri jadi calon pulak tu....

Atas kuasa Yang Maha Berkuasa, segala-galanya tertakdir. Hari ini PAS menang di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. ALHAMDULILLAH... Walau apa sekali yang kalian lakukan, kemenangan tetap di pihak yang benar. Ingat! Rakyat sekarang dah buka mata dan hati... Mereka boleh membezakan yang mana baik dan buruk. Ayuhlah kita bersama-sama kembali kepada Ilahi, dan bersama-sama mengembalikan kegemilangan ISLAM.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

50 JUTA ditawar lompat parti di PERAK-HOT news!!! here

Berikut yang teks yang terdapat dalam surat akuan yang dikeluarkan oleh Ketua KeADILan Ipoh Barat Fauzi Muda mengenai tawaran Timbalan Presiden Umno, Najib Razak keatas beliau.

SURAT AKUAN

Saya, FAUZI BIN MUDA (K/P :591222-11-5063)(5738489) Yang beralamat di No.9, Laluan Perpaduan Selatan 2, Taman Malar, 31150, Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan dengan sesungguh dan sebenarnya mengaku bahawa:-

Adalah dimaklumkan bahawa gerakan untuk membeli sekurang-kurangnya dua orang ADUN negeri Perak bermula selepas pilihan raya ke-12.
Pada 11hb Mac 2008, saya selaku Ketua Bahagian PKR Ipoh barat, telah dibawa oleh seorang kenalan saya yang dikenali sebagai Sulaiman untuk pergi ke Kuala Lumpur yang kononya atas urusan perniagaan yang baik.

Setibanya kami di tol Jalan Duta, saya telah ditunggu oleh tiga orang lelaki yang menggunakan kereta KIA NAZA. Salah seorang lelaki tersebut saya kenali sebagai Dato’ Zainal Abidin Zain (bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri).
Mereka telah memberitahu saya tujuan sebenar saya dibawa ialah untuk berbincang dengan Dato’ Seri Najib tentang masalah politik. Saya tiada pilihan dan terpaksa mengikuti mereka ke kediaman rasmi Najib di Putrajaya.

Semasa saya tiba di kediaman Dato Seri Najib, saya telah disambut oleh Dato Seri Najib dan telah dibawa ke bilik mesyuarat khas bersama-sama dengan rombongan yang membawa saya. Dalam perbincangan tersebut, Dato’Seri Najib telah merayu kepada saya agar dapat membantu bagi memujuk sekurang-kurangnya dua orang ADUN Negeri Perak terutama dari PKR agar melompat kepada UMNO atau menjadi sebagai wakil BEBAS.

Beliau sanggup menawarkan kepada saya sebanyak RM 50 juta bagi tujuan tersebut dan terpulang kepada saya berapa jumlah yang saya hendak bayar kepada mana-mana ADUN PR yang mahu lompat.

Beliau juga berjanji akan berusaha untuk memastikan untuk majlis perlantikan Menteri Besar Perak ditangguh sekurang-kurangnya dua hari bagi memberi masa saya menguruskan agenda tersebut.

Walau bagaimanapun, selepas pertemuan itu, saya tidak membuat apa-apa tindakan bagi memenuhi hasrat Dato’ Seri Najib. Mereka sentiasa berhubung dengan saya dan sentiasa berusaha agar hasrat bagi membeli dua ADUN PR terutama Jamaluddin dan KPT (B) Osman berjaya.

Usaha mereka memujuk saya bagi tujuan tersebut semakin kerap semenjak kes dua EXCO PKR didakwa di Mahkamah atas tuduhan rasuah. Mereka telah mensasarkan kedua-dua EXCO tersebut agar dapat dipujuk dan kali terakhir ialah sebelum hari Tahun Baru Cina dimana mereka telah berjumpa saya dan menawarkan jika kedua-dua EXCO tersebut bersetuju untuk melompat PKR, Dato’ Seri Najib bersedia membayar sebanyak RM 5 juta, menurut agen Dato’ Seri Najib itu. Kes tuduhan kedua-dua EXCO tersebut juga akan digugurkan serta akan kekal sebagai EXCO yang disandang sekarang.

Akibat rasa bimbang dan takut ada unsur-unsur rasuah terhadap kedua-dua EXCO ini, kerana Dato’ Seri Najib melalui agen-agen yang sentiasa berusaha untuk membuat tawaran dan pujukan melalui saya, maka itulah sebabnya saya terpaksa dedahkan dan membuat laporan kepada pihak SPRM.

Dan saya membuat surat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut didalamnya, serta menurut Undang-Undang Surat Akuan, 1960.
DIPERBUAT dan dengan sebenarnya }
Diakuai oleh orang yang tersebut namanya }
Di atas iaitu FAUZI BIN MUDA }
Di IPOH dalam NEGERI PERAK }
Pada 2hb. Februari, 2009 }

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SEMOGA KEMENANGAN BERPIHAK KEPADA YANG BENAR..

Betapa hati ini terlalu sedih dengan kejadian yang menimpa kerajaan perak baru-baru ini...

Tergambar lagi hati yang insan tertimpa ujian yang berat ini... Memikul tanggungjawab yang berat, diuji dengan pelbagai tohmahan-tohmahan yang dilemparkan. Semoga beliau tabah dalam menghadapi semua dugaan dan cabaran dar YANG MAHA BERKUASA KE ATAS SEGALA SESUATU...

Begitu juga dengan pendamping-pendamping yang setia bekerjasama untuk menegakkan kebenaran. Semoga perjuang antum tidak sia-sia. Mudah-mudahan ALLAH qabulkan doa kita..

Namun, di sebalik semua itu saya sebenarnya terkejut dengan tindakan Sultan yang menitahkan MB Perak untuk meletakkan jawatan. Apakah yang berlaku sebenarnya???

Semoga segalanya selesai dengan baik. Semoga segala amalan kita diredhaiNYA. Amiin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

COKLAT 3............. > Tentang Coklat <

10 perkara perlu tahu mengenai coklat

1- Coklat TIDAK menyebabkan gigi rosak.

SATU kajian yang dijalankan Universiti Osaka, Jepun mendapati koko mengandungi agen antibakteria yang menghalang kerosakan gigi. Bagaimanapun, kandungan gula dalam coklat menjejaskan fungsi agen ini sekali gus menyebabkan kerosakan gigi.

2- Coklat TIDAK merangsang pertumbuhan jerawat.

PENYELIDIK Fakulti Perubatan Pennsylvania dan US Naval Academy menyebut pengambilan coklat tulen tidak menyebabkan jerawat atau memberi apa-apa kesan kepada keadaan kulit. Malah, kebanyakan doktor percaya jerawat tidak mempunyai sebarang kaitan dengan corak pemakanan. Bagaimanapun, masalah jerawat boleh berlaku jika coklat itu mengandungi susu.

3- Kandungan kafein dalam coklat tidak menyebabkan rasa resah.

KOKO mengandungi bahan perangsang seperti kafein dan theobromine tetapi dalam kuantiti yang kecil dan semakin berkurang ketika proses penghasilan coklat. Kajian mendapati 1 auns (28.3 gram) coklat pahit mengandungi 5 ke 10 miligram (mg) kafein dan 10 mg kafein pada 170 mililiter (ml) cawan koko berbanding 100-150 mg kafein dalam 220 ml cawan kopi. Anda perlu makan lebih daripada sedozen coklat untuk mendapatkan jumlah kafein yang sama dengan secawan kopi. Satu kajian lagi mendapati, bau coklat boleh mewujudkan rasa tenang (menerusi rangsangan gelombang theta pada otak).

4- Coklat TIDAK menyebabkan kepala pening.

TIADA bukti kukuh bagi menyokong pendapat ini. Bagaimanapun, ada kajian berpendapat coklat merangsang pening kepala, terutama pesakit migrain.

5- Coklat TIDAK meningkatkan paras kolesterol.

KAJIAN oleh Mayo Clinic mendapati coklat mengandungi asid stearik, sejenis lemak neutral yang tidak menyebabkan peningkatan kolesterol tidak sihat (LDL). Malah, lemak koko dalam coklat mengandungi asid oleik, sejenis lemak mono tak tepu, yang juga ditemui pada minyak zaitun. Ia sebenarnya meningkatkan kandungan lemak sihat yang diperlukan badan (HDL).

6 Coklat BUKAN makanan yang tidak menyihatkan.

COKLAT mengandungi pelbagai khasiat walaupun dalam kuantiti yang kecil. Sekeping coklat susu (1.5 auns (42.45 gram)) mengandungi 3 gram (g) protein; 15 peratus daripada jumlah pengambilan harian riboflavin; 9 peratus kalsium dan 7 peratus zat besi.

7- Coklat TIDAK mengawal tingkah laku dan mood.

PENYELIDIK di Neurosciences Institute, San Diego, California melaporkan coklat mengandungi bahan yang mengawal mood atau tingkah laku seseorang.

Bahan ini dikatakan memberi kesan seperti marijuana, yang merangsang tindak balas fizikal dan psikologi. Bagaimanapun, kandungan bahan dalam coklat adalah kecil dan tidak menyebabkan tindak balas berkenaan kecuali jika ia coklat dimakan berlebihan - melebihi 25 paun (11 kilogram) coklat sekali makan. Bahan ini juga tidak menyebabkan seseorang ketagihan coklat.

8- Coklat TIDAK merangsang penyakit jantung.

KAJIAN Mayo Clinic, University of California, University of Scranton dan Pennsylvania State University menunjukkan coklat mengandungi bahan kimia, flavonoid, yang meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Ia juga bertindak sebagai antioksidan yang menghalang atau melambatkan kerosakan sel dan tisu badan.

9- Coklat TIDAK memburukkan keadaan batuk.

RAMAI percaya coklat tidak baik untuk mereka yang batuk. Hakikatnya, coklat berkesan untuk menghalang batuk yang berterusan. Theobromine dalam coklat didapati lebih berkesan daripada codeine, ubat batuk yang paling popular ketika ini. Coklat juga didapati melega dan melembapkan tekak.

10- Coklat TIDAK menyebabkan barah.

COKLAT adalah antara makanan yang mempunyai kandungan plumbum paling tinggi. Bagaimanapun, Pihak Berkuasa Makanan dan Dadah Amerika Syarikat menyebut kandungan plumbum dalam coklat amat rendah dan tidak memberi kesan buruk sekalipun dimakan dalam kuantiti yang banyak.


SUMBER: http://cikguonline.com/index.php?showtopic=372

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

COKLAT 2 ........ > Coklat susu atau coklat hitam? <

JIKA anda mementingkan kesihatan, ini adalah panduan mudah untuk diikuti sebelum membeli, memakan atau menghadiahkan coklat buat yang tersayang.

Coklat susu (putih) memang enak dimakan berbanding coklat pahit (hitam) malah kajian mendapati coklat susu kini lebih menjadi pilihan.

Namun, coklat susu mempunyai kandungan lemak tepu tidak sihat yang tinggi, gula dan kalori - semuanya TIDAK ELOK UNTUK KESIHATAN - kerana ia mengandungi susu. (Jika dimakan berlebihan!)

Malah, kandungan kokonya yang lebih rendah menyebabkan kandungan antioksidannya kurang berbanding coklat hitam.

Sekeping coklat hitam mengandungi dua kali ganda antioksidan dan kurang kalori berbanding coklat susu. Dua belas biji koko diperlukan untuk menyediakan satu auns (28.3 gram) coklat hitam berbanding hanya empat biji koko untuk menghasilkan satu auns (28.3 gram) coklat susu.

Satu-satunya kelebihan coklat susu berbanding coklat hitam ialah ia mengandungi kalsium.

Justeru, coklat susu atau coklat hitam? Pilihlah yang hitam! Siapa kata hitam tidak `elok'...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

COKLAT 1.............

Tadi aku terbaca satu artikel tentang coklat dari blog kawan cik rem... :D
Menarik sekali cerita coklatnya... Membuatkan aku terfikir untuk mencari lagi maklumat tentang coklat... Demikianlah sebahagian daripada hasilnya...


Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.

Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.

Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.

Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres.

Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac. Phenylethylamine adalah kimia yang berkait dengan amphetamines. Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas. Coklat boleh dikatakan makanan untuk seks selain tiram.

Coklat berwarna hitam merupakan sumber tembaga (copper) dan dalam kadar sedikit adalah perlu untuk kesihatan metbolisma dan membantu menghalang penyakit Alzhemier's dan osteoporosis.

Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS).

Selain coklat, mengambil soya 40mg ke 80mg sehari boleh melegakan masalah yang timbul akibat datang haid kerana soya mengandungi phytoestrogens, struktur kimia yang hampir sama dengan estrogen. Mampu menolong mengurangkan ketegangan.

Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.

Makan coklat adalah baik untuk kita, namun seperti mana-mana makanan janganlah ambil berlebihan.


SUMBER: http://www.ehoza.com/v4/forum/panduan-kesihatan/10269-khasiat-coklat.html

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.:: Followers ::.