:: Sepatah Dua ::


ShoutMix chat widget

Ayuh kita..


SEGUMPAL DARAH BERNAMA HATI

jika sesuatu diberi/ditarik daripada kita...kita masih bersyukur, insya-ALLAH...kerana ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik dan apa yang bukan...

"segumpal darah bernama hati..".. antara petikan dari lirik nasyid dalam lagu mestika..


Ada pepatah arab yg berbunyi:"hati tidak dinamai hati jika bukan kerana sifatnya yang berbolak-balik"... Maknanya hati ini sentiasa berbolak-balik... Perlu sentiasa ditenangkan.. Apa rahsia ketenangan hati?... Jawapannya hanya satu, tidak ada lain dari yang ini...

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH. Ingatlah, HANYA dengan mengingati ALLAH-lah hati menjadi tenteram." [Ar-Ra'd:28]

Walau apa cara sekalipun kita cuba cari alternatif selain daripada yang ini, ia mungkin menjadi tapi hanya untuk sementara sahaja... Rasanya semua orang sedia maklum dan tahu keadaan masing-masing mcm mana.. Kalau kita baca terjemahan ayat ni kita akan jumpa satu perkataan, iaitu 'zikr'... Apa maknanya? Kita hanya perlu berzikir untuk mengingati ALLAH... Tapi, zikir tu tak semestinya berzikir yang macam selalu kita buat tu.. Habis tu, macam mane?

Haa.. Macam ni.. Bangun tidur, baca do'a bangun tidur tanda kesyukuran [ingat ALLAH]..
Lepas tu kalau nak buat apa-apa atau mula apa-apa, mulakan dengan bacaan basmallah [ingat ALLAH]...
Solat-solat sunat sementara tunggu solat fardhu [ingat ALLAH]...
Mashaf Qur'an kat rumah yang banyak tu, boleh diambil dan baca [ingat ALLAH]...
Nak makan, nak masuk tandas, baca do'a, dan sebagainya, [ingat ALLAH]...
Kalau dalam konteks student, sebelum study, do'a dan niatkan kita study tu kerana ALLAH, dan nak bantu agama ALLAH serta umat islam [ingat ALLAH]...
Jadi, jika kita APLIKASI dalam KEHIDUPAN kita [i.e islam ni bukan setakat agama, islam adalah how we live our life], baru kita dapat menikmati ketenangan yang dimaksudkan dalam ayat tadi... insya-ALLAH...

Bila ditimpa masalah, kita kadang-kadang cuba lari dari masalah, persekitaran, serta kumpulan-kumpulan manusia di sekeliling..... Dalam hadith Nabi ada disebutkan mengenai perangai syaitan yang hanya mudah memperdaya mangsa apabila mereka berseorangan, diibaratkan seperti serigala hanya memakan kambing yang lari keluar/terkeluar dari kumpulannya... Jadi apakah langkah awal syaitan untuk dapat seseorang tu?... Tentulah mengacah atau menanamkan perasaan pada seseorang untuk mengeluarkan dirinya dari kumpulan manusia...

Macam singa nak makan rusa, kan singa tu pergi acah-acah kumpulan rusa tu, kasi seekor terkeluar, lepas tu apa lagi, semua singa pergi baham... Sama je macam manusia... Lepas dah tinggal sorang tu, maknanya syaitan berjaya menghindarkan dia dari kumpulan orang-orang yang beriman... Siapa menang waktu tu? Syaitan atau kita?...

Sebab tu Mu'adz bin Jabal mengatakan: "Orang beriman mewajibkan diri mereka berkumpul untuk ijlis bina nu'min sa'ah [mari kita duduk sebentar, kita beriman sejenak] bagi memeriksa hati masing-masing supaya masih berada di atas jalan kebenaran dan untuk mengecas iman yang sentiasa turun dan naik [i.e bersifat dinamik]...

Rasanya kalau nak kongsi lagi, makin panjang le nampak gayanya... Tiba-tiba je terasa best berkongsi sesuatu ngan korang... Tapi takat ni je kut dulu...

"Sampaikan dariku walau satu ayat"-Rasulullah SAW-... "kerana mungkin orang yang selepas kamu lebih memahami tentang apa yang aku katakan daripada kamu yang berada di depanku.."-Rasulullah SAW-.....wALLAHu'alam...semoga kita semua tsabat [teguh dan tetap] di atas satu-satunya diin yang diredhai oleh ALLAH di dunia iaitu islam....

Do'a yang diajar oleh ALLAH pada kita supaya insya-ALLAH, ALLAH tetapkan dan teguhkan hati kita:

"(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."[Surah Ali 'Imran:8]

Coretan: Seorang yang hatinya sedang berbolak-balik...ya Muqallibal qulub,thabbit qulubana 'ala diinik wa'ala tha'atik...amiin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bagaimana harusku..

Bagaimana harus kita berbicara pada manusia... Segala yang dilakukan serba tak kena.. Sedikit kesilapan selamanya dipandang hina... Sedang aku tidak melakukannya sepanjang masa.. Apatah lagi dengan sengaja..

Bagaimana pula harus kita memenangi hati mereka.. Sedang hati ini tiada siapa yang menjaga.. Seringkali tercemar, tercalar dan terluka... Tanpa diambil peduli oleh sesiapa... Tanpa sekelumit pun mahu bertanya...

Bagaimana pula harus kita sama seperti mereka... Sedang aku hanya insan biasa, memendam rasa dan gelora di jiwa. Berperibadi pendiam dan kurang berbicara. Aku tidak sama dengan mereka, aku tidak secerdik mereka. Aku tidak seramah dan sepetah mereka.. Dan aku juga tidak sama pemikiran seperti mereka..

Namun, harus kulalui semua ini, tanpa perlu peduli apa yang tersirat di hati.. Biarlah diri ini terluka, asal mereka bahagia.. Biarlah hati ini kecewa, asal mereka puas tiada berduka..

Hati ini terlalu kecewa, sedih dan berduka.. Bagaimana harusku berbicara pada alam, untukku menyatakan perasaan yang kualami ini.. Terlalu sukar rasanya mahu meluahkan segala isi hati ini.. Biarlah terkubur sendiri, melalui dunia yang sementara ini..

Cukup sekadar aku meluahkan segala isi hati melalui tulisan ini..
Walau tanpa teman di sisi... Puas sudah hati ini meluah, yang sedikit sebanyak merungkai selirat di dadaku...

-RAUDHATUL QALBI yang berkecamuk-

"Bila pena menari, tinta yang bisu akan berkata-kata..."
"Bila jari-jemariku ke sana ke mari, hanya tulisan hati yang menjelma..."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CIKGU TAK ADA OTAK.......

Ada seorang guru tadika yang tidak percaya wujudnya tuhan, dan dia pun berfikir bagaimana
nak brainwash kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya tuhan. Dia pun mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ni?
Anak-anak : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ade kan.
Anak-anak : Ade cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen tersebut ke dalam poketnya, kemudian bertanya lagi..

Guru tadika :Anak-anak, nampak tak pen?
Anak-anak : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Anak-anak : Takde cikgu.

Guru tadika : Anak-anak nampak tuhan tak?
Anak-anak : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Anak-anak : takde cikgu.

Guru tadika tadi sangat gembira sebab tujuan dia nak brainwash otak budak-budak tu berjaya. Tapi, dalam banyak-banyak budak tu ada sorang budak yg pintar. Dia pun mengangkat tangan...

Budak A : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Bdk A : Kawan-kawan, nampak cikgu tak?
Kawan-kawan : Nampak.
Budak A : Cikgu ada, kan?
Kawan-kawan : Ada

Budak A : Kawan nampak otak cikgu tak?
Kawan-kawan : Tak nampak.
Budak : Cikgu ada otak tak?
Kawan-kawan : tak ada

Moral of the story: 1- bila tak nampak, tak semestinya takde!!!
2- jangan ajar ajaran sesat!! Dosa besar!!

**Sayangi agama kita dengan
amar ma'ruf dan nahi mungkar, kalau tidak kita, siapa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.:: Followers ::.