:: Sepatah Dua ::


ShoutMix chat widget

Strategi terbaru BN: ‘Halang dan Sekat’ Media Alternatif

“Ditelan mati emak diluah mati bapa”. Dilema yang dihadapi oleh rakyat Malaysia sangat kritikal lebih-lebih lagi dengan perkembangan terkini bahawa kerajaan sudah mula bercadang untuk melaksanakan undang-undang baru berkaitan cyber sedition.

Ini adalah sesuatu yang amat mengejutkan kerana kita sering kali diberitahu bahawa Malaysia tidak akan mengenakan sebarang sekatan dan larangan dalam memastikan perkembangan IT di negara ini.


Mengapa saya mengatakan bahawa rakyat Malaysia menghadapi dilema yang sangat kritikal? Jawapannya mudah: Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan maka rakyat Malaysia yang cuba “menegur” kerajaan mempunyai potensi untuk didakwa atas kesalahan “hasutan siber”.

Justeru akan semakin kurang suara-suara vocal untuk memberitahu kesilapan dan kesan dasar kerajaan akhirnya lebih ramai yang akan mengunci mulut dan memprotes secara senyap.

Hairan mengapakah mahu dikuatkuasakan undang-undang sebegini. Tidak cukupkah Akta Printing and Publishing yang jika diteliti semula tidak menepati dan melanggar Perlembagaan Persekutuan yakni undang-undang tertinggi di negara ini. Apakah tidak cukup dengan Akta Hasutan 1948 yang telah memperlihatkan betapa luasnya definisi hasutan itu sendiri.

Sering terjadi apabila kerajaan gagal mengawal sesuatu maka undang-undang akan dikuatkuasakan untuk menjadi tembok dan “penyelamat” kepada kegagalan mereka dalam sesuatu hal.

Sebagai contoh AUKU dikuatkuasakan berikutan kebangkitan mahasiswa yang dilihat sebagai ancaman dan untuk mengawal suara dan kekuatan mereka yang berpotensi menjejaskan imej kerajaan maka AUKU dikuatkuasakan.

Apakah undang-undang baru ini juga adalah satu yang boleh dianggap sebagai “mala fide” kerana ia boleh dilihat sebagai satu usaha kerajaan untuk menyekat perkembangan media siber yang lebih dikuasai oleh pembangkang dan suara-suara yang “dissenting”.

Apakah kerana gagal bersaing dalam perkembangan ini maka kerajaan melaksanakan undang-undang baru untuk mengawal suara-suara ini daripada mempengaruhi rakyat Malaysia? Apakah suara-suara dissenting ini menjadi ancaman dan mempunyai unsur-unsur hasutan?

Akta Hasutan 1948 telah menggariskan bagaimana sesuatu perkataan mempunyai potensi hasutan yakni:

Section 3(1)

(a) to bring into hatred or contempt or to excite disaffection against any Ruler or against any Government;

(b) to excite the subjects of any Ruler or the inhabitants of any territory governed by any Government to attempt to procure in the territory of the Ruler or governed by the Government, the alteration, otherwise than by lawful means, of any matter as by law established;

(c) to bring into hatred or contempt or to excite disaffection against the administration of justice in Malaysia or in any State;

(d) to raise discontent or disaffection amongst the subjects of the Yang di-Pertuan Agong or of the Ruler of any State or amongst the inhabitants of Malaysia or of any State;

(e) to promote feelings of ill will and hostility between different races or classes of the population of Malaysia; or

(f) to question any matter, right, status, position, privilege, sovereignty or prerogative established or protected by the provisions of Part III of the Federal Constitution or Article 152, 153 or 181 of the Federal Constitution.

Saya tidak mahu membicarakan kesemua perkara di atas tetapi adalah penting untuk kita melihat potensi-potensi hasutan yang biasa dan sering terjadi.

Pertama, 3(1)(a) bererti sebarang ucapan atau perkataan yang boleh menimbulkan kebencian, penghinaan dan ketidakpuashatian kepada kerajaan. Ini bererti sesiapa yang memberi komen dan mengkritik kerajaan berpotensi untuk terrmasuk dalam golongan pertama ini dan sudah tentu ahli-ahli politik pembangkang atau pemerhati bebas politik sangat berpotensi untuk dikenakan tindakan menghasut.

Kedua, 3(1)(c) yakni sebarang ucapan atau perkataan yang boleh menimbulkan penghinaan dan tidak puas hati kepada badang kehakiman negara. Apabila disebut “contempt” ini bererti sesiapa yang memberi komen atau ulasan mengenai sesebuah kes yang masih lagi dalam perbicaraan boleh termasuk dalam peruntukan ini ( rujuk kes Her Majesty’s Attorney General (Appellant) v. Punch Limited and another (Respondents) 2002 UKHL 50).

Dalam konteks ini pengguna siber baik yang menyokong kerajaan mahupun pembangkang banyak yang boleh termasuk dalam kategori ini lebih-lebih lagi mereka yang memberi komen dan kritikan terhadap kes-kes yang “popular” dan mendapat perhatian ramai. Dalam hal ini pengguna siber pro-kerajaan tidak ada bezanya dengan pembangkang.

Persoalannya: Apakah undang-undang baru ini akan merangkumi pengguna siber pro-kerajaan. Sering kali terjadi yang sentiasa didakwa dan didapati bersalah adalah mereka yang bukan termasuk dalam golongan ini.

Ketiga, 3(1)(e) iaitu menimbulkan perasaan kurang sihat dan kebencian sesama kaum di Malaysia. Biasanya yang menajdi sasaran adalah media-media yang dipelopori pembangkang kerana tulisan-tulisan mereka mempunyai potensi menghasut dan menimbulkan huru-hara antara kaum di negara ini.

Tetapi terdapat juga akhbar-akhbar arus perdana yang berpotensi menimbulkan perasaan marah kaum lain apabila artikel dan pandangan yang dilontarkan sangat bersifat perkauman dan berat sebelah. Nah apakah mereka ini juga akan tertakluk kepada undang-undang siber baru ini?

Yang sering terjadi mereka yang termasuk dalam pasukan pro-kerajaan selalu mendapat imuniti dan biasanya akan disoal siasat dan kemudian… dibebaskan. Soalan saya: Mengapa yang termasuk dalam pasukan ini selalu “imun” dan dilihat tidak berpotensi untuk menghasut dan mencetuskan kemarahan?

Tetapi Akta Hasutan juga memperuntukkan pengecualian dalam skop hasutan ini iaitu:

(2) Notwithstanding anything in subsection (1) an act, speech, words, publication or other thing shall not be deemed to be seditious by reason only that it has a tendency

(a) to show that any Ruler has been misled or mistaken in any of his measures;

(b) to point out errors or defects in any Government or constitution as by law established (except in respect of any matter, right, status, position, privilege, sovereignty or prerogative referred to in paragraph (1)(f) otherwise than in relation to the implementation of any provision relating thereto) or in legislation or in the administration of justice with a view to the remedying of the errors or defects;

(c) except in respect of any matter, right, status, position, privilege, sovereignty or prerogative referred to in paragraph (1)(f)

(i) to persuade the subjects of any Ruler or the inhabitants of any territory governed by any Government to attempt to procure by lawful means the alteration of any matter in the territory of such Government as by law established; or

(ii) to point out, with a view to their removal, any matters producing nor having a tendency to produce feelings of ill will and enmity between different races or classes of the population of the Federation

Apakah undang-undang baru ini akan konsisten dengan pengecualian yang diperuntukkan dalam akta hasutan atau apakah ia tidak mempunyai pengecualian langsung? Apakah akan berlaku “inconsistency” dalam undang-undang di negara tercinta kita ini?

Walau apa pun, undang-undang sebegini tidak mampu menghalang, menutup suara rakyat untuk menegur dan menyatakan kebenaran kerana undang-undang yang dilihat sebagai menindas ini akan digunakan bahan untuk berkempen dan akhirnya kemarahan rakyat terhadap kerajaan akan semakin merebak dan alhasil, rakyat akan memprotes dan menegur melalui kertas undi dalam pilihanraya umum akan datang kerana dalam pilihanraya tiada seorang pun rakyat Malaysia yang berkelayakan mengundi boleh dihalang hak dan kebebasannya untuk mengundi dan memilih kerajaan masa depan.

Strategi “halang dan sekat” ini sudah tidak relevan lagi dan rakyat masih ternanti-nanti apakah motif dan tujuan undang-undang baru ini hendak dikuatkuasakan di negara ini. Walau apa pun sama-sama kita tunggu dan lihat apakah undang-undang ini akan dikuatkuasakan ataupun tidak.


kredit to: Soutul Inqaz

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PERANG SARAF UMNO/BN SUDAH BERMULA

Perang Saraf UMNO/ BN sudah bermula, gendang peperangan sudah mula dipalu oleh UMNO/BN, sebagai tanda-tanda Pilihanraya Umum ke 13(PRU13) akan berlansung sedikit masa lagi. Berbagai isu telah dibangkitkan didalam media kerajaaan BN melalui TV1, TV2, TV3 dan media cetak dan elektronik dan lain-lain lagi.

1. Segala isu dan masalah akan diketengahkan terutama dari negeri-negeri yang diperintah PAS, PKR dan DAP. Seolah-olah segala masalah dan isu disebabkan oleh PAS, PKR dan DAP yang memerintah negeri itu.

2. Gambar klip video yang boleh memburukkan pemimpin PAS, PKR dan DAP akan ditanyang berulang-ulang kali didalam TV.

3. Isu banjir kat negeri Kedah, isu tanah orang Melayu kat Pulau Pinang, isu PKNS dan Yayasan Selangor di Selangor akan di timbulkan setiap hari.

4. TV akan membuat ulasan dari pemimpin UMNO/BN setiap hari terhadap isu-isu ini.

5. Apa sahaja kepincangan akan didedahkan, seolahnya segala kesilapan adalah akibat dari PAS, PKR dan DAP dan bukan UMNO, ketika memerintah negeri-negeri berkenaan.

6. Segala kegagalan akan dilemparkan kepada PAS, PKR dan DAP, seolah-olah UMNO/BN tidak terlibat langsung.

7. Pemimpin UMNO/BN mula menyerang setiap peribadi individu pemimpin PAS, PKR dan DAP.

8. Segala kegagalan dan keburukan UMNO/BN tidak akan nampak atau disiarkan dalam media.

9. UMNO/BN akan menggunakan dan memperkudakan mana-mana NGO untuk membuat demontrasi membantah PAS, PKR dan DAP.

10. UMNO/BN akan membayar mereka-mereka yang melakukan demontrasi kat negeri yang diperintah oleh PAS, PKR dan DAP yang kononnya mereka adalah ahli PAS, PKR dan DAP yang tidak puas hati terhadap kepimpinan.

11. UMNO/BN akan membeli pemimpin PKR seperti Zulkifli MP dari Kulim untuk membuat komen mengutuk dan mengiritik kepimpinan PKR dan PAS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PEMBUNUHAN DATO’ SOSILAWATI: MENCARI KEADILAN MENURUT UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARI’AH

PEMBUNUHAN DATO’ SOSILAWATI: MENCARI KEADILAN MENURUT UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARI’AH

MUKADIMAH.

Kes jenayah semakin menjadi-jadi di negara kita. Peristiwa pembunuhan Dato’ Sosilawati bersama beberapa orang yang lain antara peristiwa jenayah yang paling menggemparkan yang bukanlah jenayah pembunuhan episod pertama di dalam negara kita dan juga pastinya bukanlah yang terakhir. Peristiwa yang cukup mengejutkan apabila penjenayah terbabit dikaitkan dengan beberapa siri jenayah pembunuhan yang belum dapat diselesaikan sebelum ini. Ini menunjukkan betapa banyaknya kes jenayah pembunuhan yang tidak mampu dibongkar di negara ini. Persoalan yang perlu difikirkan bersama ialah, sampai bilakah jenayah melibatkan pembunuhan akan berakhir dan adakah ianya akan menjadi kebiasaan sebagaimana kes-kes kecurian, pecah rumah dan rompakan bersenjata?

ASPEK PENILAIAN.

Antara aspek yang perlu difikirkan bersama ialah aspek perundangan. Ini kerana, perundangan antara aspek yang memberikan kesan pertambahan dan pengurangan jenayah itu sendiri. Setelah polis berjaya menangkap penjenayah setelah berhempas pulas mempertaruhkan nyawa dan jiwa mereka, ianya akan diserahkan kepada mahkamah untuk dibicarakan. Apabila dibicarakan, akhirnya hakim akan membuat keputusan berdasarkan ruang lingkup perundangan yang sedia ada, bukan menurut kehendak dan keinginan hakim itu sendiri. Di sinilah titik terakhir dalam proses penyelesaian kes-kes yang melibatkan jenayah. Jika ia berjaya, maka mangsa jenayah akan terbela, penjenayah akan insaf dan serik, penjenayah yang belum ditangkap berhenti daripada aktiviti jenayah mereka bahkan menjadi penamat bagi kelahiran bakal-bakal penjenayah yang baru.

Di samping kecekapan anggota keselamatan serta sistem kawalan keselamatan individu yang perlu dikaji dan dipertingkatkan, DPPP merasakan bahawa undang-undang yang menjadi titik penamat bagi sesuatu kes jenayah adalah amat penting untuk dinilai bersama. Jika undang-undang berjaya menjadi pendidik, pengancam dan pencegah jenayah, maka pihak polis tidak perlu bertungkus lumus mempertaruhkan jiwa dan nyawa mereka serta meletakkan isteri, anak-anak dan keluarga mereka di dalam kebimbangan.

Begitu juga halnya dengan hakim, peguam-peguam dan seumpamanya. Mereka juga bukanlah golongan yang bertanggungjawab sepenuhnya apabila penjenayah yang mereka jatuhi hukuman tidak serik atau hukuman itu tidak menginsafkan atau tidak mencegah jenayah baru daripada berlaku sekalipun sudah terlalu banyak penjenayah dijatuhkan hukum. Ini kerana, mereka tidak boleh menjatuhkan hukuman sesuka hati mereka justeru mereka juga terikat dengan undang-undang yang sedia ada, khususnya sistem kehakiman dan undang-undang itu sendiri.

Oleh itu, penting untuk dibuat penilaian terhadap sistem kehakiman dan undang-undang negara supaya ianya lebih berperanan dan lebih berkesan di dalam menurunkan atau mengsifarkan kadar jenayah. Atau dengan kata lain, lebih bersifat mencegah daripada berlaku, menginsafkan yang dah dilakukan, membela keluarga mangsa dan mengamankan negara, iaitu ciri-ciri perundangan Syari’ah Islam.

HUDUD DAN QISAS SEBAGAI PERBANDINGAN.

Alternatif dan perbandingan yang boleh kita fikirkan bersama ialah berkenaan Hudud dan Qisas yang sudah terbukti keberkesanannya di dalam bukan sahaja menyelesaikan masalah jenayah, bahkan mencegahnya daripada berlaku. Sekalipun pada hari ini hukum itu sudah tidak wujud di negara kita dan dunia amnya, tetapi penamatan perlaksanaannya bukan kerana terbukti kegagalannya, tetapi akibat daripada penjajahan yang ‘memaksa’ untuk merubah sistem perundangan tersebut kepada sistem mereka.

Berterusan di dalam mempertahankan undang-undang konvensional yang terbukti kegagalannya di dalam mencegah jenayah membuktikan bahawa sebenarnya kita masih berada di dalam minda penjajahan. Kegagalan undang-undang penjajah sudah cukup terbukti dan sepatutnya sekaranglah masa sesuai untuk berfikir undang-undang terbaik yang berkesan mengatasi jenayah. Saranan ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru, tetepi telah diluahkan oleh beka Ketua Hakim negara, Tun Ahmad Fairuz Syeikh Abdul Halim yang pernah menyifatkan penggunaan Common Law hanya menggambarkan minda pengamal undang-undang tempatan yang masih terjajah. Beliau tidak berseorangan di dalam cadangan ini, bahkan juga turut disertai oleh Peguam Negara, Tan Sri Abd. Ghani Patail. Beliau pernah berkata bahawa undang-undang Syari’ah adalah yang terbaik kerana ia menekankan kepada keadilan dan pembahagian hak yang sama.

Penerimaan undang-undang Syari’ah pada hari ini sudah semakin tersebar hanya di negara kita, tetapi sehingga ke negara barat sendiri. Pernah seorang paderi bernama Dr Rowan Williams telah meminta agar Undang-undang Syari’ah dilaksanakan di Barat. Rowan adalah Archbishop Canterbury iaitu pemimpin terhadap 77 juta pendokong Anglican di seluruh dunia. Tapi, beliau tiada kuasa untuk menjadikan 38 bishop bawahannya akur di bawah kekuasaannya. Sekalipun undang-undang Syari’ah yang dicadangkannya bukanlah qisas yang sedang kita perbincangkan, tetapi ianya menunjukkan bahawa undang-undang Syari’ah adalah undang-undang yang relevan untuk dilaksanakan bukan sahaja di dalam negara umat Islam seperti di Malaysia, bahkan di Britain yang merupakan negara rujukan kepada undang-undang negara kita. Tetapi disebabkan oleh penyakit Islamfobia, maka akhirnya pintu cadangan yang telah dibuka oleh Dr Rowan tersebut ditutup tanpa perbahasan dan pengkajian yang lebih mendalam.

Oleh itu, kita sebagai sebuah negara merdeka, merdeka tubuh badan dan pemikiran sepatutnya kita bersedia untuk keluar dari kepompong tersebut untuk kita mula memikirkan alternatif kepada undang-undang pada hari ini. Antaranya ialah, dengan kita membuka minda kita terhadap undang-undang jenayah Syari’ah, khususnya Qisas yang relevan untuk diaplikasikan dalam kes seperti pembunuhan Dato’ Sosilawati. Di sini kita akan dapat lihat dengan jelas perbezaan-perbezaan asas yang penting di antara undang-undang Syari’ah Qisas dan undang-undang yang sudah sedia di amalkan, iaitu perbezaan dari sudut pendakwaan dan penyiasatan, penghukuman dan perlaksanaan dan juga pengampunan dan pampasan.

PENDAKWAAN DAN PENYIASATAN.

Di dalam undang-undang Syari’ah, kes pembunuhan lebih bersifat hak individu. Ini bermaksud, apabila berlaku jenayah yang membabitkan kematian, maka hak untuk mendakwa dan menyiasat adalah hak yang dipunyai oleh keluarga si mangsa. Oleh itu, para keluarga si mangsa berhak membuat pendakwaan sendiri jika mereka berkemampuan, atau melantik pihak lain yang berkemampuan. Jika keluarga si mangsa tidak mampu untuk membuat pendakwaan seperti tiada kepakaran atau kebolehan serta tidak mampu untuk mencari pihak yang boleh mewakili mereka disebabkan kos atau seumpamanya, maka pendakwaan itu menjadi kewajipan ke atas pihak pemerintah bagi pihak keluarga mangsa.

Dalam keadaan keluarga si mangsa tidak mampu untuk menjalankan penyiasatan dan pendakwaan secara bersendirian, maka pihak kerajaan wajib memainkan peranan membantu keluarga si mangsa. Ketidakmampuan ini termasuklah seperti ketidak upayaan untuk menanggung kos siasatan, seperti kos membuat forensik berkaitan keesahan tandatangan yang boleh mencecah RM2000, kos selaman dan lain-lain. Tuntasnya, leader siasatan ialah keluarga mangsa, manakala kerajaan pula wajib membantu aspek-aspek yang tidak diupayai oleh keluarga si mangsa.

Firman Allah swt bermaksud: dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia Yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak). – (Al-Israa’: 33).

Dalam konteks perundangan di Malaysia pada waktu ini, ada baiknya kuasa mutlak Peguam Negara untuk mendakwa itu diintegrasikan dengan keluarga mangsa, di mana Peguam Negara perlu mendapatkan pandangan keluarga si mangsa sebelum meneruskan pendakwaan. Ini adalah sebagai pendekatan yang lebih adil dan perubahan mampu yang paling dekat boleh dilaksanakan, sekalipun ia tidak seratus peratus bertepatan dan seadil hukum Islam.

Dalam sistem hari ini jelas boleh membuka pintu penyelewengan khususnya apabila penjenayah melibatkan golongan atasan yang mempunyai kuasa politik, atau pihak yang korup terlibat di dalam pendakwaan dan seumpamanya. Maka kes-kes jenayah berat seperti ini boleh diabaikan begitu sahaja, atau akan tertangguh sehingga tempoh yang tidak berkesudahan.

Jika perlaksanaan undang-undang Syari’ah ini, maka kes Memali tidak akan bertangguh begitu lama, keluarga mendiang Al-Tantuya akan pulang dengan hati lebih puas dan juga nescaya isu kepada punca kematian Teoh Beng Hok tidak akan berbangkit.

Tetapi di dalam realiti hari ini, keluarga si mangsa bukan setakat tidak mempunyai hak pendakwaan bahkan tiada hak untuk akses maklumat berkaitan kes, tidak sebagaimana di dalam hukum Syari’ah Islam.

PENGHUKUMAN DAN PERLAKSANAAN.

Apabila si tertuduh di dapati bersalah, maka hak untuk menjatuhkan hukuman adalah merupakan hak keluarga si mangsa. Menurut hukum Syari’ah, jika si mangsa mati dibunuh oleh seseorang penjenayah, maka keluarga mangsa sendiri berhak untuk menjatuhkan hukuman balas terhadap penjenayah terbabit. Firman Allah swt bermaksud: maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. – (Al-Israa’: 33).

Jika pembalasan balik terhadap penjenayah tidak mampu dilakukan sama seperti yang dilakukan, keluarga mangsa berhak membalas dalam bentuk yang lebih minimum. Islam tidak membenarkan pembalasan yang dilakukan oleh keluarga mangsa melebihi perbuatan jenayah yang telah dilakukan oleh si penjenayah bagi memastikan hak keadilan si penjenayah juga mesti dipelihara. Firman Allah swt: oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. – (Al-Baqarah: 194),

Seringkali apabila kita bercerita tentang cara hukuman di laksanakan di dalam Islam, umum seolah-oleh melihat Islam itu keras. Tetapi sebenarnya apabila dibandingkan dengan jenayah yang dilakukan, kesakitan yang dirasakan oleh mangsa, kesan kepada masyarakat dan bebanan yang dipikul oleh keluarga, maka kita akan melihat hukuman itu cukup adil. Justeru itu, masyarakat tidak perlu fobia dengan hukuman ini kerana hukuman ini bukan dijatuhkan kepada mereka yang tidak bersalah, tetapi hukuman ini adalah setimpal dijatuhkan kepada mereka yang melakukan kesalahan membunuh, satu jenayah berat yang boleh meletakkan masyarakat di dalam ketakutan.

Bagi keluarga mangsa, tentulah cara Islam ini lebih dicenderungi justeru ia boleh mengubat perasaan dendam dan perasaan tidak puas hati terhadap penjenayah yang menjadi punca kepada kehilangan orang yang tersayang atau individu yang menjadi tempat pergantungan hidup jika si mangsa adalah bapa kepada keluarga terbabit.

Apabila keluarga mangsa tidak mampu melaksanakan hukuman tersebut, maka ia boleh mewakilkan kepada pihak kedua atau mewakilkan kepada pihak kerajaan untuk melaksanakan hukuman ini.

PENGAMPUNAN DAN PAMPASAN.

Setelah si penjenayah di dapati bersalah, jika keluarga si mangsa menuntut pembalasan untuk membunuh balas, maka tidak ada pihak termasuk kerajaan atau Khalifah yang boleh memberikan keampunan dan pembebasan si penjenayah.

Dalam masa yang sama, keluarga mangsa juga berhak untuk memberikan pengampunan kepada si penjenayah sama ada pengampunan yang bersyaratkan pampasan atau dikenali sebagai Diat menurut istilah Fiqh Islam, atau pengampunan tanpa apa-apa balasan.

Apabila keluarga si mangsa memberikan pembebasan dan pengampunan kepada si penjenayah dan menuntut wang pampasan Diat, maka wang itu hanya berhak diterima oleh keluarga si mangsa, bukan pihak yang lain. Firman Allah swt yang bermaksud: maka sesiapa (pembunuh) yang mendapat keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya. – (Al-Baqarah: 178)

Kerajaan menurut Syari’ah Islam, adalah dilarang keras memberikan keampunan kepada si penjenayah tanpa izin daripada keluarga mangsa dan mengambil wang bayaran tertentu daripada si penjenayah tanpa diberikan kepada keluarga mangsa. Ini di istilahkan sebagai Suhtun, iaitu wang keampunan bagi mengabaikan hak keluarga mangsa. Suhtun dianggap seperti rasuah, iaitu kerajaan menerima bayaran daripada penjenayah, membebaskannya serta melindunginya daripada balas dendam keluarga mangsa.

Dengan kata lain, jika seseorang pembunuh yang di dapati bersalah diampunkan oleh lembaga pengampunan, jika keluarga mangsa masih tidak berpuas hati dan seterusnya mengambil tindakan membunuh atau mencederakan si penjenayah tadi, maka keluarga si mangsa pula akan menerima hukuman akibat perbuatan membalas dendam tersebut. Oleh itu, Islam menganggap ianya adalah bentuk rasuah, tetapi mengistilahkannya sebagai Suhtun, iaitu istilah khusus bagi pembayaran wang yang melibatkan kezaliman, sebagaimana tafsiran Ibnu Masud yang diriwayatkan oleh Imam Tabari di dalam tafsirnya.

Walau apapun istilahnya, perbuatan mengambil wang oleh kerajaan tanpa izin keluarga mangsa adalah merupakan kesalahan yang besar menurut Islam kerana telah menceroboh hak keluarga si mangsa dan juga bercanggah dengan hak yang diberikan oleh Allah kepada mereka melalui ayat 33, surah Al-Israa’ dan ayat 178 surah Al-Baqarah.

KESAN PERLAKSANAAN HUKUM ISLAM.

Daripada penjelasan di atas, jelas menunjukkan kepada kita kesan daripada perlaksanaan hukum Syari’ah Qisas yang tidak terdapat di dalam undang-undang Inggeris pada hari ini. Antara terpenting ialah:

1. Menutup pintu rasuah: apabila keluarga mangsa adalah pihak yang paling bertangungjawab untuk melakukan pendakwaan dan pengumpulan bukti, maka tidak ada ruang untuk rasuah boleh berlaku. Maka tidak ada ruang untuk orang politik, orang kaya dan orang yang berpengaruh untuk merasuah pendakwaraya, pegawai penyiasat dan seumpamanya, jika kes pembunuhan membabitkan golongan seperti ini. Mereka tidak ada ruang untuk merasuah pendakwaraya kerana pendakwa itu adalah keluarga mangsa yang menuntut pembalasan, mereka tidak ada ruang untuk merasuah pegawai penyiasat kerana pegawai penyiasat adalah lantikan yang dipercayai oleh keluarga mangsa atau penyiasat itu adalah keluarga mangsa sendiri. Cara Islam ini bukan setakat menutup ruang-ruang berlakunya rasuah dan salah guna kuasa, tetapi ia juga dapat menghindari wasangka perlakuan rasuah dan salah guna kuasa.

2. Bebas daripada penipuan dan penyembunyian fakta kes: Setelah diyakini siasatan dan dakwaan bebas daripada rasuah, maka sepastinya ianya akan bebas daripada penipuan dan penyembunyian fakta kes. Ini kerana, apabila pihak yang berhak untuk membuat pendakwaaan dan penyiasatan adalah keluarga si mangsa sendiri sebagaimana disebutkan sebelum ini, maka sudah tentu mereka akan mengorek dan mencari bukti pembunuhan sehingga ke lubang cacing. Kesungguhan mereka sepastinya kesungguhan yang maksimum justeru mangsa adalah orang yang tersayang. Ini berbeza jika penyiasatan pendakwaan dan pencarian bukti dibuat oleh orang lain yang bukan kerabat atau suku sakat kepada si mangsa, sekalipun ianya bergelar kerajaan atau polis. Sepastinya usaha mereka tidak semaksimum usaha yang dilakukan oleh keluarga mangsa itu sendiri.

3. Membela nasib keluarga mangsa: Jika keluarga si mangsa sangat bergantung kewangan dan sumber pendapatan kepada al-marhum atau mendiang dan jika mereka ingin memberikan peluang kedua kepada si penjenayah, maka nasib mereka akan terbela dengan wang Diat pampasan yang diperolehi daripada si penjenayah. Ini secara langsung dapat menjadikan keluarga mangsa terbela, bukan sahaja dari sudut hak tuntutan darah, tetapi ia juga melibatkan pembelaan kewangan.

4. Memuaskan hati keluarga mangsa dan mengelakkan daripada membalas dendam: antara yang terpenting di sebalik undang-undang jenayah Syari’ah ialah, keluarga mangsa akan berpuas hati dengan hukuman dan perlaksanaanya. Istilahnya disebutkan sebagai Al-Jabr di dalam Fiqh Islam. Apabila puas hati berlaku di kalangan keluarga mangsa, maka tidak timbul isu balas dendam terutamanya apabila penjenayah dibebaskan dengan pengampunan bukan keluarga mangsa atau dibebaskan dengan bukti yang keluarga mangsa tidak berpuas hati terhadap bentuk siasatannya.

5. Menghalang golongan yang berkuasa daripada terbebas: apabila jenayah dilakukan oleh mereka yang mempunyai kuasa di dalam negara, seperti pemimpin-pemimpin politik tertinggi di dalam negara, atau mereka yang mempunyai pertalian darah atau pertalian kroni dengan mereka, atau melibatkan pihak polis sendiri atau seumpamanya, maka ruang untuk mereka terlepas adalah terbuka justeru mereka mempunyai kuasa sekalipun secara tidak lansung dengan pihak-pihak yang terbabit dengan pendakwaan. Tetapi di dalam sistem Islam, sistem yang telus dan adil adalah mustahil bagi golongan seperti ini untuk terlepas justeru kuasa pendakwaan, penyiasatan dan penemukaan bukti adalah di bawah kuasa keluarga mangsa sebagai kuasa pendakwa.

KESAN PENCEGAHAN.

Antara yang menjadi Maqasid Syariyyah di dalam perlaksanaan hukum hudud Islam ialah konsep pencegahan. Menurut keyakinan golongan yang beriman, apabila hukuman ini dilaksanakan, maka yang mencegah daripada berlakunya jenayah bukannya hakim, bukannya polis dan bukannya kerajaan, tetapi yang mencegahnya ialah Allah swt. Di sinilah sebenarnya letaknya paksi dan rahsia utama kurangnya jenayah di dalam negara yang mengamalkan hukum Syari’ah.

Ini dilogikkan dengan punca sebenar kepada berlakunya jenayah ialah disebabkan tiada sifat dan perasaan takut di dalam diri mereka untuk melakukan jenayah. Justeru itu, mereka tidak pernah terfikir dua kali untuk memukul, menikam dan menembak orang lain apabila tiada perasaan takut di dalam diri mereka. Hakikatnya, perasaan takut bukan perkara yang boleh dengan senang difaktorkan oleh perbuatan manusia, hatta dengan undang-undang itu sendiri. Lihat sahaja undang-undang gantung mandatori bagi pengedar-pengedar dadah, ia tidak menggerunkan para pengedar sekalipun hukumannya cukup berat.

Justeru itu, yang mampu memasukkan perasaan takut di dalam diri penjenayah adalah tuhan yang mencipta manusia itu sendiri, iaitu Allah swt. Maka dengan ini, masyarakat akan terus hidup di dalam aman dan damai, tidak takutkan keselamatan nyawa mereka atau keluarga mereka yang tersayang, justeru jaminan Allah swt yang bermaksud: dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, Wahai orang-orang Yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa. – (Al-Baqarah: 179). Inilah kepercayaan yang wajib diimani oleh setiap mukmin yang beriman.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah satu paksaan untuk golongan bukan Islam untuk mempercayainya. Tetapi mereka berhak untuk membuat penilaian-penilaian terhadap perbandingan antara undang-undang Islam dengan undang-undang konvensional yang disebutkan di atas jika si mangsa adalah keluarga mereka, kerabat mereka, sahabat mereka atau orang yang mereka sayangi.

KESIMPULAN.

Daripada perbincangan di atas, sudah tiba masanya untuk masyarakat di dedahkan dengan hukum hakam perundangan Islam sebagai alternatif penyelesaian kepada kemelut jenayah yang berlaku pada hari ini.

Dengan ini juga kita dapat melihat dengan jelas, bahawa jika keluarga mangsa diberikan pilihan antara hukum Islam dengan hukum yang bukan Islam, nescaya hukum Islam adalah pilihan mereka, bukan kerana pemilihnya adalah Islam atau tidak, tetapi kerana hukum ini lebih dekat dengan hati mereka, lebih dilihat bersifat membela hak mereka, tanpa mengira sama ada mereka Islam atau bukan Islam.

Hukum Islam yang hakikatnya lebih bersifat dekat dengan hati masyarakat pernah dibuat kajian sekitar 279 responden yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama oleh Majlis Penyelidikan dan Pengkajian Hukum (MPPH), Dewan Ulama PAS pusat pada tahun 2006. Tanpa menyebut ini undang-undang Islam dan undang-undang konvensional, MPPH membuat survey manakah satu pilihan mereka jika mereka menjadi keluarga kepada mangsa langgar oleh pelumba-pelumba haram, atau pemandu cuai.

Yang menariknya ialah, dalam point ini kesemua seratus peratus responden memberikan respon memilih hukum Syari’ah Qisas tanpa menyedari sebenarnya pilihan mereka sebenarnya adalah hukum Islam. Hasil kajian ini juga secara tidak lansung menunjukkan, bahawa mereka yang menolak undang-undang Islam sebenarnya akibat terpengaruh dengan serangan Islamfobia dan sebahagiannya lebih bersifat sentimen justeru mereka sebenarnya tidak mengenali hukum Syari’ah Islam dengan lebih dekat. Antara sebab yang diberikan oleh responden kenapa mereka memilih hukum tersebut, sebab yang diberikan ialah kerana hukum yang mereka pilih lebih membela nasib mereka sebagai keluarga mangsa justeru mendapat pampasan, berbeza dengan hukum konvensional.

Malangnya, sebenarnya masyarakat berbilang kaum yang membuat pilihan tersebut, yang mereka anggap sebagai adil dan membela nasib mereka, tidak memahami sebenarnya mereka sedang memilih hukum Qisas. Justeru itu, PAS khususnya dan semua peringkat pendakwah Islam amnya, sama ada individu atau NGOs Islam perlu mempergiatkan dakwah memperkenalkan kepada masyarakat sama ada muslim atau non-muslim tentang hukum Qisas yang sebenar berbanding undang-undang konvensional, supaya masyarakat bebas berfikir dan membuat pilihan yang lebih adil untuk mereka.

Hukum ini sebenarnya tidak boleh ditanya kepada penjenayah, menteri atau kerajaan sahaja, tetapi lebih utama hukum ini ditanyakan kepada keluarga mangsa, justeru mereka adalah penanggung kesan jenayah, berbanding menteri atau pihak kerajaan.

Bagi penjenayah dan mereka yang terlibat dengan korupsi, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan jenayah semestinya dan sepastinya mereka menolak hukum Islam justeru mereka tidak berpeluang untuk lepas, sebaliknya mereka akan lebih suka dan selamat dengan sistem undang-undang yang membuka ruang kepada mereka.

Justeru itu, DPPP sangat bersetuju dengan cadangan Mursyidul Am PAS, YB. Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya kita menyelesaikan masalah kemelut negara yang disebungi masalah jenayah dengan kembali kepada perlaksanaan hukum Qisas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ISH... ISH... ISH...

Muak dan mual rasanya mendengar kemelut politik di Perak... Semakin hari semakin kacau-bilau...

Apapun, itulah negeriku... Aku yang perlu menyelamatkannya... Nantikan kepulanganku... grrr...

************************

Semalam mendengar berita dari kejauhan... Mengenai sidang dun di Negeri Perak yang berlaku pada 31 Mac 2010... Melalui TV3...

Agak kurang ajar! Bukan agak lagi dah, memang sangat-sangat kurang ajar!!! Bila pihak pembangkang bertindak... Deme (kerajaan) kate pembangkang mendedahkan sikap sebenar (tak elok le konon)... Tindak-tanduk mengganggu kelancaran siaran DUN dan mengkhianati amanah rakyat... Padahal deme lebih-lebih lagi buat kacau-bilau masa sidang DUN yang dulu... Siap sorok dan kunci lagi Speaker Dewan...

Yang si Zambry ni pulak, pandai pulak cakap pasal akhlak dan moral. Konon tindakan pembangkang ni tak berakhlak dan tak bermoral, walhal tindakan deme yang meRAMPAS KERAJAAN PERAK YANG SAH tu, lebih-lebih lagi tak bermoral... lebih-lebih lagi tak berakhlak... Malah sangat-sangat mengkhianati amanah rakyat.

Orang lain yang dibagi memerintah, orang lain pulak yang memerintah! Cettt!!!

Korang nilai la sendiri...


************************************

TUTUP cerita tadi, masuk cerita lain... (aku maleh nak uleh panjang-panjang pase 'deme'... kome pun pande nak nilei mane betoi mane salah... tak best ceghite pase deme... udoh-udoh...)

Moh dengor ceghite teman kat luor negara ni ha... Baru-baru, MB Nizar ade datang ke Jordan...
Agok, seronok le teman ndengonye... Mole-mole riso juge... Tapi, dek kerane anoknye tu yakin nak buat juge... jalan le... Dapat le kenal-kenal dengan delegasi yang ikut serta tu...

Walaupun aku dah tau cerita-cerita Perak ni, aku tetap datang perjumpaan dengan MB beserta isteri dan delegasi. Mestile datang! Nak tau cerita-cerita hangat lagi sensasi!
Dari cerita-cerita yang aku tau, bertambah-tambah tau, dari cerita yang tak tau jadi tau... dan dari cerita yang aku rasa biasa-biasa, aku rasa luar biasa (kuang ajo deme)...

Rasa macam teman yang ade di tempat deme... Sedih dan sakit ati dengonye...

Seronok juge dengo YB Lim kite bercakap... Selalu aku bukak blog dia aje...

Apepun, didoakan semoga PR Perak tetap teguh, bertambah sokongan, bertambah keberkatan, bertambah semangat dan kekuatan, bertambah tenaga kerja dan sumber manusia untuk menghadapi 'mereka-mereka' itu... Semoga apa yang berlaku, akan semakin menguatkan semangat kalian dalam menempuhi hidup ini... Semoga iman kalian makin bertambah... dan semoga lebih ramai lagi non-muslim mengikut jejak langkah baik PR.
(didoakan juga supaya non-muslim bertambah untuk masuk Islam...)

Akhir kata, walaupun sangat-sangat sekejap berada di bumi Mu'tah, terima kasih diucapkan atas kesudian berkunjung dari PIHAK KALIAN beserta informasi yang diberi (Terbakar dan membara rasanya di hati...)...

Harap-harapnya dapat datang lagi... Walaupun saya tidak berapa mengenali dengan lebih dekat, tapi rasa sedih sangat menebal di hati dengan kepemergian kalian untuk ke tempat lain, seterusnya untuk pulang ke tanah air... Bukan mudah mendapat peluang untuk bertemu dengan ADUN dan pimpinan PAS dengan lebih dekat...

MOGA ALLAH MEMBERKATI...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SEDIKIT PERKONGSIAN

Berkenaan tatabahasa dan penggunaanya...

Saya seorang yang agak mengambil berat tentang penggunaan tatabahasa, kerana saya sangat menyintai bahasa...

Berikut adalah persoalan (bertarikh 21 April 2009) yang pernah saya ajukan kepada pihak DBP berkenaan penggunaan beberapa perkataan... (scroll ke bawah)


Soalan :

1- Penggunaan perkataan DENGAN & DAN…

*Bolehkah perkataan DENGAN & DAN digunakan pada permulaan ayat?


2- Penggunaan justeru

*Justeru atau justeru itu…. Yang manakah lebih tepat penggunaannya?


3- Oleh yang demikian

• Oleh yang demikian atau oleh hal yang demikian, yang sesuai digunakan?


4- Bersama dan bersama-sama

Saya bersama Ali pada ketika ini. • Saya bersama-sama dengan Ali pada ketika ini

*Adakah ayat yang digunakan tersebut betul, dan apakah perbezaan antara kedua-duanya?


Jawapan :

1. Dengan boleh digunakan di permulaan ayat, contohnya: Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa ..., manakala dan berfungsi untuk menghubungkan dua klausa atau lebih, oleh itu dan tidak digunakan di permulaan ayat.

2. Penggunaan yang lebih tepat ialah justeru.

3. Penggunaan yang paling sesuai ialah oleh yang demikian.

4. Yang paling tepat ialah bersama dengan atau bersama-sama.


*Penggunaan ini juga saya mengambil kira mengenai apa yang telah diajarkan guru Bahasa Melayu saya ketika tingkatan 5.... Sekiranya anda mempunyai informasi atau komentar silalah ajukan kepada saya. Sekian, terima kasih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

IFTIRASH

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA...

Kebanyakan kita tidak mengetahui dari segi kesihatan... Kalau kita lihat gambarajah refleksologi, bila dalam iftirash ini, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas, dan kaki kiri kita dapat tekanan bawah dan tengah kaki. Duduk iftirash ini memberi tekanan refleksologi yang menyeluruh. Tapi, bagi orang yang tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat tekanan refleksologi untuk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi brain, neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc). Ini merugikan!!

Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna. Semoga kita dapat pahala kerana mengikut sunnah dan juga kesihatan yang menyeluruh melalui 'indirect reflexology excersize' untuk bahagian kritikal; brain, neck, throat, etc...

Didoakan agar kita semua dirahmati Allah SWT

Dari Abu Hamid al-Sa'idi r.a, katanya:
"Aku melihat Nabi Muhammad s.a.w, dan apabila Baginda s.a.w duduk pada rakaat yang kedua (untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (duduk iftirash)......"
(Hadith sahih riwayat Bukhari)

Pengajaran hadith:

1) Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.
2) Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah,
iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua
3) Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul s.a.w, dan apabila kita mengamal serta
menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan
keberkatan dari Allah s.w.t
4) Amalan-amalan Rasul s.a.w adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada
Allah s.w.t

Selamat beramal dan menyampaikannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PAS ARAH SOLAT HAJAT ESOK UNTUK PERAK & KELANTAN

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru ahli dan penyokong untuk melakukan Solat hajat secara serentak diseluruh negara pada esok malam 28 Januari 2010, selepas waktu Isyak.

Program ini khusus bagi memohon kepada Allah swt semoga rakyat Kelantan mendapat hak mereka dalam tuntutan royalti dan Negeri Perak mendapatkan semula Menteri Besar yang dirampas jawatannya oleh Umno-Barisan Nasional tahun lepas.

Program ini boleh diadakan dimasjid surau serta markas-markas PAS sebagai menunjukan keprihatinan kita kepada rakyat di kedua-dua negeri yang tertindas ini.

PAS yakin doa-doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan Allah dan kezaliman dapat ditumpaskan, kata Ketua Penerangannya, Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

"PAS menyakini bantuan Allah dan sesekali kita tidak akan berputus harap sehinggalah Allah memberikan kemenangan kepada rakyat yang ditindas ini," katanya.

Harakahdaily

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DEDIKASI UNTUK CIK REM KITE....

Hehehe... Walaupun blog ni kepunyaan beliau, aku tetap nak dedikasikan sesuatu buat beliau... Ngeh ngeh ngeh... Jangan marah cik Rem...

1- Insaf-insaf laa...
Jangan berblog time-time exam ni...
Orang lain sibuk baca buku, dia sebuk berblog...

2- Bawak-bawak la senyum sikit...
Aku suka kalau hang jadi seorang yang murah dengan senyuman..
Tak ingat ke, dulu masa sekolah dulu, ade kawan kita kate:
"Ramlah, ana suke tengok enti macam ni"
Maknanya ade perubahan pada diri kamu... Janganlah dibiarkan perubahan itu hanya menjadi bahan wahai sahabatku... Kuingin melihat dikau sentiasa ceria...
Bahkan, ade yang tulis dalam buku kau...
"Ramlah, senyuman itu tidak menyakitkan, tapi menjadi penawar kepada hati yang sakit"
(ni menunjukkan bahawa engkau ni terlalu susah sangat-sangat nak senyum,
sampai orang tak berani nak bertegur sapa dengan engkau)
Walau berjauhan macam mana sekalipun, jangan kau lupa akan pesanku ini...

3- Janganlah pedulikan kata-kata orang yang menyakitkan.

4- Jangan peduli terhadap masalah-masalah yang menimpa.
Peduli itu boleh, tapi jangan sampai dirimu tidak dipeduli oleh diri sendiri.
Jangan terlalu memikirkan masalah. Fikirkan jalan penyelesaian...
Kau adalah engkau... Kau tahu siapa diri engkau... Kau tahu bagaimana diri engkau...
Jangan buang masa memikirkan masalah...
Ingat pesan cikgu dulu... "Buat ape menangis-menangis ni?? Buang masa je!!...
Bazir air mata! Dari buang air mata, baikla pegi baca buku ke... Ape ke...Berpekdah sikit..."
(uppsss!!! ni bukan cikgu yang marah cik rem...
tapi tengah bagi nasihat & semangat kat kelas kitorang)

5- Good luck untuk imtihan nihaie ni...
Aku doakan untuk kau & sahabat-sahabat seperjuangan kau yang kat sane supaya berjaya.
Berjaya yang macam mana??? Haa, ini yang kita nak tau...
Berjaya dengan cemerlang... Bukan setakat segulung ijazah, tapi bergulung-gulung amalan
juga perlu dibawa... Ingat pesan abang ko tu!
Beramal dengan ilmu... Supaya ilmu berkat, kita diterima ALLAH...

OK???

Hopefully.... Oh! Ya... Satu lagi doaku untukmu...

"Semoga kau berjaya berubah menjadi yang lebih baik, dan berjaya berubah kepada apa yang kau inginkan... Jangan sia-siakan masa di tanah anbiyak... Gunakan peluang yang diberi..."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sebuk sangat nak tau...

Bismillahirrahmanirrahim...

Hmm, hari ni nak bongkar satu rahsia...
Disebabkan ade orang yang takleh simpan rahsia ni, jadi aku terpaksa la cerita....
Korang nak tau sangat sape aku, kan?

Ok... Aku sebenarnya kongsi blog dengan cikRem... Tengok orang berblog, aku pun gatal nak berblog jugak! Jadi, dipendekkan cerita, cikRem ni bagi la kat aku blog dia... Sebab dia kate tak tau nak tulis ape... Jadi, aku pun pakai la blog ni... Then, lame-lame tu aku pun dah jarang nak bukak blog ni... berbulan-bulan gak la... And suatu hari tu... Cik Rem nak promote program API... So, dia pun guna blog ni jugak untuk promote, selain guna blog dia...

And so, profile yang aku tulis tu adalah tentang dia sebenarnya....
Nur Raudhatus Safwa tu adik saudara dia jugak... Kecik je lagi... Disebabkan nama dia yang best dan unik gak la bagi aku, dia pun guna la nama tu untuk buat blog ni... Raudhah ni anak mak su cik Rem... Ok, nama SAFWA KHALEEDAH tu pulak... Cik Rem yang punye idea... Dia fikir, kalau guna nama Jamilah tak best... Lagipun, dah biasa sangat dengar nama tu...

Dia pun fikir... Fikir punya fikir punya fikir... Dapat la.. Alhamdulillah...
Safwa tu maknanya bersih, suci, kan? Jadi, dengan harapan agar kesucian itu berkekalan...
Dinamakan pulak Safwa tu dengan Khaleedah... Nama tu kan satu doa?
Segala profile berkait dengan tempat (Kuala Kangsar) tu, itu memang profile cik Rem...

Cik Rem pun dah ade blog dia sendiri, aktif plak tu blog tu... Dia kate nak gune name lain la plak untuk buat blog... So, dia pun buat la yang baru... hmm, jadinya RAUDHATUL ILMI tu la RAUDHATUL QALBI dia... Segala macam ade kat dalam tu... Ade info ilmiah untuk dikongsi bersama-sama, ade luahan hati.... Kenapa nama RAUDHATUL ILMI? Sebab banyak ilmu yang Cik Rem nak kongsi dengan korang, walaupun hanya copy paste je... Kenapa dinamakan RAUDHATUL QALBI? Sebab, ilmu yang nak dikongsi itulah datangnya dari hati cik Rem, mudah-mudahan dengan ilmu itu, dapat meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kesedaran kita semua... (aminn)...

Selain tu, RAUDHATUL QALBI (taman hati) tu, adenya rasa ingin meluah segala yang terpendam dalam hati... Mane yang boleh je la... Yang rase-rase relevan untuk dikongsi, dicerita atau dikomen... OK?

Jadi, janganlah tertanya-tanya lagi lepas ni...
Maaflah ye... Saya ni perahsia sikit... Sama jugaklah dengan Cik Rem... Dia tak suka orang tau apa yang dia buat... Kalau dia tak bagi tu, janganlah cube-cube nak korek.. atau cube-cube nak pakse... Karang ade yang kena...

Ok... Satu perkara yang korang perlu tau adalah...
Kalau ade artikel tentang Jordan atau Mu'tah, itu adalah hasil Cik Rem... Kalau yang selain dari tu, saya... Kadang-kadang ade gak dari cik rem... Kalau dia rajin menulis la... Pasal politik ke, isu ke, info ke... OK?????

Segala rahsia dah terbongkar...

Harap maklum... Maafkan saya dan Cik Rem...

HAISSHHHH!!!!!!!



(Hilang mood sekejap)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.:: Followers ::.