:: Sepatah Dua ::


ShoutMix chat widget

4 DALAM 1.... NANTIKANNYA...


Assalamualaikum kepada semua warga PERMATA. Buat julung-julung kali di Mu’tah, 4 program akan digandingkan dalam masa 2 hari!

^^WINTER CAMP^^

Sahutlah cabaran membelah kedinginan malam di waktu syita’ untuk bersama-sama dengan kami. Pelbagai aktiviti menarik lagi tertarik menanti anda!

Diwajibkan untuk semua pelajar tahun1 dan terbuka untuk semua pelajar tahun lain (sangat dialu-alukan). Berkumpul di Wisma Negeri Sembilan (akhawat) , PUSKMA (syabab) pada jam 8 malam. Bermalam disana dan bawalah segala kelengkapan yang perlu terutamanya selimut (jangan bawak yg tebal-tebal sangat! Nanti bangun pagi tinggal sorang je kat situ)

^^API (Akses Pemikiran Islam)^^

Jom ramai-ramai kita meng‘api’kan semula pemikiran Islam kita.Dah lama otak tak dibasuh dan disental dengan Clorox dan Spartan sehingga terlekat segala kekotoran yang tak diundang~

Diwajibkan untuk semua pelajar tahun 1 dan terbuka pada semua pelajar tahun lain (dikenakan yuran khas; JD 0.50).

Bertempat di Mujamma’ Jadid,Universiti Mu’tah.

^^PELANCARAN KELAS INTENSIF QURAN^^

Ingin menghafaz Al-Qur’an?

Nantikan pelancaran kelas intensif Qur’an yang dibawakan khas untuk anda oleh Biro Bimbingan dan Rohani sesi 2009/2010~

Dibimbing oleh mereka yang berkelayakan lagi MANTAP!!! Insha allah~

Penyertaan terhad! Pelancaran bertempat di Mujamma’ jadid,Universiti Mu’tah.

Semua pelajar Mu’tah dijemput hadir! (diadakan semasa pembukaan majlis Malam Inspirasi Hijrah 1431H).

^^Malam Inspirasi Hijrah 1431^^

Pelbagai aktiviti menarik akan disajikan…

*Forum -Kemuncak Hijrah; Disini Aku Bermula (Ahli panel dijemput khas dari jauh~)

*Persembahan pelajar dan bermacam-macam lagi!

Semua pelajar Mu’tah dijemput hadir! Bertempat di Mujamma’ Jadid ,Universiti Mu’tah~

Sila berkumpul di hadapan Masjid Syuhada’ jam 6 petang!

Datang, jangan tak datang ;)

”Together We Aspire,Together We Achieve”

”Bersama Mencipta Kegemilangan Permata”

Y0k ramai-ramai meriahkan bersama! Semuanya di hujung minggu ini~

Dibawakan khas untuk anda oleh:
Biro Bimbingan dan Rohani Sesi 2009/2010

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.:: Followers ::.