:: Sepatah Dua ::


ShoutMix chat widget

PETUA TERCEKIK TULANG...(hehehe, jgn korang pulak yg tercekik)


Petua Tercekik Tulang
Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!
Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..
Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz)
lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"
Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,
Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!!
Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!! tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh..
Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi)
kemudian, ada pulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "
aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "
Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..
Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, buka tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)
"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku..
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku...
Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalau aku ubah topik dengan bertanya :
Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"
aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat..
Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "
Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan..
(bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang)
Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya..
kesian mak aku...
"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)
Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "
Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..
Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)
Aku kata:
"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "
HA HA HA..
(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.
Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!!
he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.
PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat(over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!!
(supermanpun akan jadi mayat)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BERSEMANGATLAH... JANGAN MALAS!



Bersemangatlah dan Jangan Malas

Dalam keadaan menahan sakit kerana ditikam dan darah segar yang masih mengalir deras, Umar bin Khatab Radhiyallahu’ anhu sempat melihat seorang pemuda yang menjuntaikan kainnya hingga menyeret tanah.Umar pun menegurnya: ”Wahai anak saudaraku, angkatlah kainmu kerana itu lebih taqwa di mata Tuhanmu dan lebih bersih untuk pakaianmu.”

Yang dilakukan Umar Radhiyallahu’ anhi ini termasuk amar ma’ruf yang dilakukan pada saat sakaratul maut.

(Iaitu) bagi siapa saja di antara kalian yang bermaksud akan maju (untuk melakukan kebaikan) atau mundur (untuk melakukan kebaikan). (Al-Muddatstsir : 37)

Kebahagiaan tidak dapat diraih hanya dengan tidur yang panjang, bersikap bodoh dan meninggalkan nilai-nilai yang tinggi.

.......tetapi Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, maka Allah melemahkan keinginan mereka dan dikatakan kepada mereka : ”Tinggallah kalian bersama orang-orang yang tinggal itu”. (At-Taubah : 46)

Ayat berikut menggambarkan cara berfikir orang-orang bercita rendah dan berjiwa kerdil:

…..dan janganlah kalian berangkat (jihad) dalam panas terik seperti ini....(At-Taubah: 81)

....seandainya mereka tetap tinggal bersama kita,nescaya mereka tidak mati dan terbunuh.... .(Ali-’Imran : 156)

Sesungguhnya seorang hamba dilarang menghulur-hulur waktu untuk melakukan kebaikan.Larangan ini Allah sebutkan melalui wahyuNya :

...apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kalian : ”Berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah”, kalian merasa berat dan ingin tetap tinggal ditempat kalian...... ...?
(At-Taubah: 38)

Hai orang-orang yang beriman, bersiap siagalah kamu, dan majulah (ke medan pertempuran) berkelompok- kelompok atau majulah bersama-sama. (An-Nisa’ : 71)

...tetapi dia cenderung kepada dunia...(Al- A’raf : 176)

….mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini…? (Al-Maidah:31)

Yang demikian itu disebabkan kerana sesungguhnya mereka lebih mencintai kehidupan dunia daripada akhirat…(An-Nahl : 107)

…dan janganlah kalian berbantah-bantahan yang menyebabkan kalian menjadi gentar…
(Al-Anfal :46)

.....dan apabila mereka berdiri untuk mengerjakan solat, mereka berdiri dengan malas. (An-Nisa’ : 142)

Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam pernah berdoa :
Ya Allah , sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari sifat malas.

Rasulullah juga pernah bersabda :
Orang yang cerdik adalah orang yang mampu mengendalikan hawa nafsunya dan berbuat baik untuk kehidupan setelah mati, sedang ia orang yang bodoh ialah orang yang mempertaruhkan hawa nafsunya dan banyak berangan-angan yang bukan-bukan kepada Allah.

Dipetik dari buku La Tahzan ,Jangan bersedih
setelah kesulitan pasti ada kemudahan karangan Dr 'Ayidh bin Abdullah Al-Qarni
dan diterjemah oleh Noraine Abu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

WARKAH CINTA


warkah cinta~ Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum Karena banyaknya madu yang dimiliki bunga Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum karena sedikitnya madu Banyak laki-laki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik Karena memiliki hati yang cantik Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan laki-laki karena jelek hatinya Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tapi apa yang ada didalam dada Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SESUATU YANG DIIMPIKAN




Jordan Islamic Hospital: Hospital Tubuh Badan dan Sekolah Kehidupan Saya

Semasa di Jordan, saya pernah dirawat sebanyak dua kali di Jordan
Islamic Hospital. Nama itu adalah nama yang berat untuk dipikul oleh
sebuah hospital kerana ia membawa kepada masyarakat menilai setiap aspek
hospital tersebut sama ada menepati Islam atau tidak. Memang tidak
dinafikan, hospital tersebut cuba menjaga pelbagai sudut operasinya agar
menepati Islam. Saya menghargainya.

Misalnya, wad lelaki dan perempuan diasingkan, di mana wad perempuan
dikendalikan sepenuhnya oleh kakitangan perempuan. Daripada jururawat,
hinggalah kepada kerani dan pekerja membersih lantai. Manakala di wad
lelaki pula, keadaannya sama iaitu semua jururawat dan kakitangan yang
lain, lelaki. Mungkin kita sinis dengan situasi begini, tetapi
sekurang-kurangnya Jordan Islamic Hospital telah mengorak langkah.

Namun, apa yang saya kenang sampai bila-bila adalah budi bahasa
kakitangan hospital tersebut. Selepas menerima rawatan, saya diserahkan
bil sebanyak JD1200 iaitu kira-kira RM7 ribu. Tentulah jumlah ini
mustahil untuk saya. Saya bertanya, apakah ada peluang untuk saya
memohon bantuan kewangan atau mungkin dikurangkan jumlah bil tersebut.
Saya diberitahu oleh kakitangan kewangan hospital, agar berjumpa terus
dengan pegawai yang bertanggungjawab di dalam hal ini.

"Saya mohon agar dikurangkan bayaran bil ini kerana jumlahnya terlalu
besar. Saya memilih untuk menjalani pembedahan di hospital ini kerana
saya yakin dengan 'kualiti perkhidmatan' yang diberikan, di samping
suasana Islamnya', saya cuba memohon pertimbangan.

"Ya akhuy!, bagaimanakah kesihatan kamu sekarang?", itu ayat yang
keluar dari mulut pegawai tersebut.

"Alhamdulillah beransur baik. Syukur kepada Allah.", saya menjawab
sambil terpinga-pinga menanti jawapan tentang bil itu tadi.

"Selain rawatan, apakah yang kamu dapat selama kamu berada di
hospital ini?", tanyanya lagi.

"Saya dapat dua orang kawan baru. Seorang pesakit berbangsa Sudan
yang menghadiahkan saya lawatan setiap hari. Dia sentiasa membantu saya
bangun untuk mengerjakan Solat. Seorang lagi adalah pesakit dari selatan
Jordan . Dia menghadiahkan saya senaskhah al-Quran dan seutas tasbih.
Pelajaran berharga yang saya dapat adalah PERSAUDARAAN ISLAM", saya cuba
memberikan penjelasan.

"Setujukah kamu kalau saya katakan Islam itu indah?", beliau
seakan-akan cuba menduga saya.

"Ya, memang indah", saya menjawab.

"Jika persaudaraan menjadi Islam, ia menjadi persaudaraan yang indah.
Jika kehidupan kita menjadi Islam, ia menjadi kehidupan yang indah. Jika
hospital ini menjadi Islam, ia pasti menjadi hospital yang indah. Betul
tak?", beliau tersenyum kepada saya.

"Ya, saya hanya sakit fizikal, tetapi fikiran dan jiwa saya tenang.",
saya membalas.

" Ya akhi, tulislah di kertas ini apa-apa cadangan kamu untuk kami
tingkatkan kualiti perkhidmatan kami di sini. Kamu sudah membayar 200
Dinar semasa pendaftaran tempoh hari, betul tak?", ujarnya.

"Ya. JD200", saya menjawab.

"Nah, ambillah baki 60 Dinar. Jagalah kesihatan kamu sebab kamu
pelajar Syariah. Kamu perlukan kesihatan yang baik untuk melaksanakan
tugas kamu di dalam masyarakat", pegawai itu menghulurkan tiga keping
wang kertas 20 Dinar bersama sekuntum senyuman.

Subhanallah, saya jadi keliru. Saya sepatutnya membayar JD1200 tetapi
akhirnya, menjadi hanya JD140 sahaja.

Saya cuba mendapatkan penjelasan berkenaan dengan hal ini. Kata
pegawai terbabit, mereka meletakkan cas yang standard kepada pesakit
kerana hospital itu adalah hospital pakar swasta. Namun, ia adalah
keperluan, bukan tujuan. Sebarang bantuan kewangan, hanya dihulurkan
jika pesakit atau warisnya mahu bertemu dengan pegawai yang telah
ditetapkan. Dan apabila bertemu, pegawai itu akan melaksanakan misinya
menyampaikan mesej-mesej Islam kepada pesakit atau waris tersebut.

Itulah kenangan saya semasa menerima rawatan dan pembedahan di Jordan
Islamic Hospital. Apa yang menjadi ingatan saya hingga ke hari ini,
bukanlah pada kecantikan landskapnya, atau wad dan bilik pembedahan yang
canggih. Tetapi yang menjadi ingatan untuk saya terus mendoakan kemajuan
hospital tersebut adalah pada budi bahasa pegawainya, serta
'pelajaran-pelajaran berharga' selama saya di hospital tersebut.

Mungkin ada yang ketawa sinis membaca cerita saya ini. Alahai macam
hospital di kayangan pula bunyinya!

Izinkan saya untuk membalas ketawa itu dengan senyuman. Seorang yang
mahu menikmati Syurga Akhirat, mestilah terlebih dahulu menikmati Syurga
dunia. Syurga dunia itu adalah pada kesejahteraan iman dan ketenangan
diri yang syukur, sabar dan redha. Jika rumah tangga kita bagai neraka,
jika tempat kerja kita bagai neraka, hubaya hubaya!
Maafkan saya, dari Allah jua dipohon keampunan.

Wassalamualaikum wbt.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Cheras 56000, 22 April 2006

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HADIAH BAIK BURUK...



Seorang ibu yang dermawan telah menghadiah seekor kambing kepada Luqman al-Hakim seraya berpesan: "Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan." Setelah disembelih, dikirimkan kepada ibu tersebut hati dan lidah kambing itu.
Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor
kambing dan berpesan agar sesudah disembelih dikirimkan juga kepadanya sebahagian daripadanya. Pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian yang terburuk yang dipesankannya, tetapi dimintanya bahagian yang terbaik daripada kambing itu.
Setelah kambing disembelih, Luqman mengirim hati dan lidah juga
kepada ibu yang dermawan itu. "Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan kenapakah yang itu juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?"tanya ibu tersebut kepada Luqman. Luqman menjawab: "Hati dan lidah amatlah
baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula
buruknya."
Mendengar jawapan itu, mengertilah ibu itu akan maksud Luqman,
kerana hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan; begitu juga sebaliknya dari hati dan lidah itu terbit segala kejahatan dan keburukan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DEMIMU ISLAM


MENJADI DAIE SEPERTI MELETAKKAN TANGAN PADA BARA API, SEPERTI MEMINTAL SERAT KACA, SEPERTI MENGANYAM SULUR BERDURI, KADANG TANGAN BERDARAH, KERAP JIWA MERONTA MENANTI REDHA… ISTIQAMAHLAH MENUJU MARDHATILLAH!


TABAHLAH WAHAI DAIE ILALLAH....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.:: Followers ::.